Rabu, Januari 18, 2017

Heh! Heran. Kenapa sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak SPR berhubung status kerusi yang disandang oleh Si Khalid Samad pada ketika ini.

Jika sebelum ini, kita pernah mempersoalkan perkara tersebut dan mendesak agar pihak SPR menjelaskan perkara tersebut ekoran tindakan mahkamah yang dikenakan terhadap Si Khalid Samad tu.


Dalam laporan media yang dibuat sebelum ini, Si Khalid Samad tu telah dikenakan tindakan dan diarahkan untuk membayar sebanyak RM 200 ribu kepada Datuk Dr. Hasan Ali kerana memfitnah bekas pemimpin PAS itu.

Keputusan itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan selepas Hakim bersetuju dengan penghakiman yang dibuat melalui Mahkamah Rayuan terhadap Si Khalid Samad tu awal bulan November tahun lepas.

Maka sudah pasti status berkaitan dengan kerusi Parlimen Shah Alam yang disandang oleh Si Khalid Samad tu menjadi persoalan memandangkan jumlah denda yang dikenakan melebihi dari apa yang ditetapkan dalam perlembagaan.

Jika itu tidak mencukupi, Si Khalid Samad tu masih lagi menghadapi satu lagi pertuduhan yang bakal menyebabkan dia hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Bahkan, sekiranya keputusan mahkamah Syariah terhadap Si Khalid Samad itu kekal esok, bermakna dia juga berkemungkinan akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan tidak boleh bertanding.

Ahli Parlimen Shah Alam yang juga merupakan pemimpin Parti PAN itu dipetik oleh The Malay Mail sebagai berkata, dia sudah didapati bersalah pada bulan lalu dan dikenakan hukuman maksimum.

Si Khalid Samad tu sebelum ini telah didakwa di mahkamah Syariah Klang kerana mengajar Islam tanpa tauliah berikutan ceramah yang telah sampaikan di sebuah surau di Kapar pada tahun 2011.

Bernama melaporkan Khalid yang ketika itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor telah dituduh di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Selangor yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum atau kedua-duanya.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. SPR sedang buat kajian secara saintifik lagi artistic tuuu... sabar la SH... heheheee

    BalasPadam
  2. Muka tak tahu malu dn reti adab

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping