Rabu, Januari 18, 2017

Heh! Kalau sekali pandang, memang tak logik lansung alasan yang diberikan oleh pemimpin PAS ni. Takkan la dari ramai - ramai ahli parti tu, takde sorang pun yang berani nak buat laporan terhadap Si Mahfuz Bean tu?

Takut sangat ke diorang dengan Si Mahfuz Bean tu sehingga takde siapa yang berani nak ambik tindakan terhadap Pengkhianatan yang dilakukan terhadap parti selama ini? Takkan dengan budak yang setakat 'Lulus SRP' pun diorang takut?

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Siasatan Jawatankuasa Disiplin PAS hari ini mendakwa, Si Mahfuz Bean tu memang cuba nak mencabar pucuk pimpinan parti tersebut secara terbuka.

Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok bagaimanapun berkata tiada tindakan dikenakan kepada Ahli Parlimen Pokok Sena itu berikutan tidak menerima apa-apa laporan bersabit tindakannya itu daripada ahli parti.
“Tindakan Mahfuz memang mencabar PAS. Tapi, untuk mengambil tindakan selanjutnya, ia bergantung pada pertimbangan pimpinan PAS. Kalau ada laporan, kami akan teliti.
“Jawatankuasa Disiplin PAS hanya menunggu laporan, jika ada laporan kami akan bertindak. Tetapi setakat ini masih tidak ada laporan lagi,” katanya dipetik sebuah portal berita.
Mahfuz sebelum ini secara terbuka menghadiri program anjuran Pakatan Harapan termasuk himpunan BERSIH 5 dan terbaru hadir ke majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Malah, Mahfuz yang juga bekas ketua penerangan PAS itu turut mengkritik partinya apabila tidak menghantar wakil pada majlis itu dan menyifatkan PAS seolah-olah enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diingini rakyat.

Soalnya, ini bukan kali pertama Si Mahfuz Bean tu melakukan Pengkhianatan terhadap parti. Sebaliknya dah banyak kali Si Mahfuz Bean tu mempamerkan sifat Pengkhianat dia tu secara terang - terangan.

Bahkan ada yang menganggap Si Mahfuz Bean tu bukan sahaja cuba nak mencabar PAS, tapi turut "menganjing" kepimpinan parti itu yang dilihat 'Takut' nak ambik tindakan terhadap Pengkhianatan yang telah dilakukannya.

Persoalannya, bacul sangat ke ahli - ahli PAS ni sehingga menyebabkan mereka takut nak buat laporan? Adakah ahli - ahli PAS ni semuanya tak nak menjaga maruah parti sehingga sanggup membiarkan Pengkhianat seperti Si Mahfuz Bean tu memalukan parti sedemikian rupa!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Humban je dia ke batang pokok sena.

    BalasPadam
  2. Sahaja beri peluang mahfus menjadi pengkianat parti sepuasnya...pru14 dah takde harapan dah...tak lama dah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping