Rabu, Februari 22, 2017

Wah!!! Memang satu perkara yang menarik ni apabila ada pemimpin pada usia 67 tahun masih lagi mampu memberikan 'Sengat', terutama kepada generasi muda yang masih lagi belajar di Universiti.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru - baru ini. YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob menyatakan bahawa dia sekarang ni masih lagi meneruskan sesi pembelajaran.

Biasa dengan gelaran 'Pak Long' dikalangan anak - anak muda, Menteri Besar Pahang yang berusia 67 tahun itu memaklumkan bahawa dia baru sahaja habis semester satu dan masih berbaki tiga semester lagi.
"Sampai sekarang pun, Pak Long masih belajar lagi. Belajar balik semula undang - undang, kursus 4 tahun jadi dua tahun. Habis semester satu, tinggal tiga semester lagi. Mula tahun 2016, tamat 2018," jelas beliau sewaktu menyampaikan ucapan.
Malah ucapan yang disampaikan dalam majlis bersama rakyat, YAB Menteri Besar Pahang memaklumkan keputusan peperiksaan semesternya mendapat CGPA 3.95 dan tersenarai dalam Senarai Dekan (Dean List).

Selain itu, YAB Menteri Besar Pahang juga turut memberikan kata - kata semangat kepada generasi muda agar mereka meneruskan pengajian mereka bagi mengejar masa depan yang lebih baik.
"Ini bukan bangga (tapi) nak tunjukkan contoh kepada anak - anak. Kalau saya boleh belajar lagi, tak ada sebab anak - anak tak boleh belajar. Belajar rajin - rajin," jelas beliau lagi.
Maka sudah pasti, apa yang dilakukan oleh YAB Menteri Besar Pahang ini boleh dianggap sebagai satu cabaran yang cukup besar bagi generasi anak - anak muda yang belajar di Universiti.

Sebagai rekod, YAB Menteri Besar Pahang mula menjadi ADUN pada ketika usianya 36 tahun dan sedang menuntut pengajian undang - undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Disebabkan dia menjadi calon DUN Pelangai menyebabkan pengajiannya itu terpaksa ditangguh walaupun pada ketika itu dia sudah menghabiskan dua tahun pengajian diperingkat Ijazah.

Sebelum itu, YAB Menteri Besar Pahang pernah menjadi guru Sekolah Menengah Sulaiman Bentong dan Sekolah Agama Pelangai selepas tamat pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping