Rabu, Februari 22, 2017

Nampak gayanya, kemelut kepimpinan yang melanda DAPigs baru - baru ini masih belum reda walaupun pelbagai taktik yang telah digunakan oleh pemimpin parti itu jelas tidak memberikan sebarang kesan.

Malah, tentera media sosial upahan DAPigs, Red Bean Army juga dilihat kendur dari terus mempertahankan 'Abang Besar' mereka kerana isu yang dibangkitkan terlalu kronik untuk dijawab.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila isu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan prinsip perjuangan parti yang mana selama ini DAPigs menganggap Tun Mahathir sebagai 'Musuh Utama'.

Namun, dalam analisis yang diterbitkan Oriental Daily, lain pulak ceritanya. Katanya tindakan yang diambil oleh empat orang pemimpin itu ada kaitan dengan dendam lama terhadap Guan Eng.

Penganalisis akhbar Cina, Datuk Dr. Cheah See Kian berkata kejadian itu melengkapkan episod krisis dalaman DAPigs di Melaka yang berlaku sejak Si Guan Eng dan isterinya kalah dalam pemilihan pada 2005.
“Veteran DAP tidak lagi boleh bersabar apabila pemimpin pusat kecundang dalam pemilihan di peringkat negeri.
“Kebetulannya, Goh Leong San memegang kepimpinan DAP Melaka pada itu, ia merupakan bibit yang mewujudkan keadaan tidak sehaluan antara pusat dan negeri,” katanya.
See Kian juga turut berkata, walaupun Guan Eng berpindah ke Pulau Pinang dan menjadi Ketua Menteri pada 2008, tetapi hubungan Leong San dengan DAPigs Pusat masih gagal diperbaiki.

Penganalisis itu berkata pada awalnya, Leong San dan Tong Him bercadang bergabung tenaga dengan Boo Cheng Hau, pemimpin veteran di Johor, tetapi ADUN Skudai itu tiba-tiba bertukar haluan.
“Sekarang hanya tinggal Leong San, Tong Him dan kumpulan mereka. Bagaimana mereka boleh menang tanpa platform parti?” soalnya.
Pada 19 Dis 2005, The Star melaporkan Guan Eng dan isterinya yang juga Ketua Wanita DAPigs Melaka menerima tamparan yang teruk apabila mereka tewas dalam pemilihan jawatankuasa DAPigs Melaka.

Walaupun alasan bagi keputusan yang mengejutkan itu tidak begitu jelas, namun sumber dalaman parti berkata ia merupakan kemuncak persaingan antara Sim Tong Him dan Guan Eng yang perbezaan politik mereka adalah rahsia terbuka.

Pokok pangkalnya, sifat 'Kuku Besi' yang diamalkan oleh kepimpinan DAPigs ini bukannya satu isu yang baru. Tetapi ianya sudah lama berlaku dalam parti tersebut. Cuma tinggal lagi, sebelum ini semua orang takut nak mendedahkannya secara terbuka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping