Heh! Nampak gayanya, Si Husam ni bukan sahaja seorang pemimpin yang BACUL selepas dia mencabar orang lain untuk berdebat. Tapi dalam masa yang sama, dia ni jenis pemimpin yang takde kemaluan.
Jika sebelum ini, Si Husam tu sibuk mencari pelbagai alasan untuk tidak berhadapan dengan wakil PAS yang dicabar untuk berdebat berkaitan dengan isu lafaz Bai'ah yang dilakukan sebelum PRU yang lalu.
Maka, untuk menutup kemaluan dirinya sendiri, mula la Si Husam tu meroyan tak tentu arah dan cuba mencipta pelbagai alasan bagi mengelakkan diri dari menyahut cabaran yang dikemukakannya sendiri.
Dan diantara salah satu taktik yang dipraktikkan oleh Si Husam tu ialah dengan membangkitkan semula tuduhan terhadap PAS yang didakwa menerima habuan dari UMNO sebanyak RM 90 juta.
Kali ini, Si Husam tu pulak mula sibuk buat kecoh tak tentu arah dan muncul diatas pentas ceramah PAS yang turut membincangkan mengenai tindakan bacul yang dilakukannya sebelum ini.
Kelibat Si Husam tu muncul dikala PAS mengadakan sesi ceramah yang bertajuk "Husam Lari Dari Debat Bai'ah" yang diadakan diperkarangan Stadium Sultan Muhammad V malam semalam.
Tindakan tersebut telah menimbulkan ketidakselesaan penonton mahupun pemimpin yang ada di atas pentas itu, sekali gus dilemparkan dengan kata-kata yang tidak sopan oleh beberapa penyokong yang hadir.
Walau bagaimanapun kehadiran Husam dipentas utama tersebut langsung tidak mengganggu Wan Ismail yang juga pemimpin senior Pas itu dalam melontarkan pendapat dan pengalamannya mengenai isu itu.
Keadaan pada awalnya tidak terkawal terutamanya apabila penyokong kedua - dua parti masing - masing bergilir melontarkan cemuhan terhadap pemimpin pihak yang berlawanan.
Husam kemudiannya dibawa keluar daripada pentas selepas ada sekumpulan penyokong PAS cuba untuk membuat kecoh di depan pentas dan mahu bersemuka dengan bekas Exco Kelantan itu.
Pokok pangkalnya, tindakan Si Husam tu hanya sekadar mencetuskan provokasi demi menjaga kemaluan dirinya sendiri yang telah terdedah sebelum ini. Hakikatnya, Si Husam tu sendiri TAKUT nak berdepan dengan cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini!!!
wahhhh.. blogger ameno backup PAS....
BalasPadamHusam buat mcm tu kononnya nak tunjuk berani walhal nak elak debat. Penakut la tu...
BalasPadamKenapa tak rujuk ke mahkamah syariah ?
BalasPadamHusam baik masuk DAP je terus, x payah masuk PAN dah...
BalasPadam