Selasa, Februari 07, 2017

Kalau sebelum ini, bila ditanya oleh pihak media, pandai pulak Si Ketua Penipu ni kata yang agenda 16 September tu tak wujud. Tapi bila dah masuk mahkamah, pandai pulak dia mengaku sebaliknya.

Semalam Si Ketua Penipu tu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa rancangan untuk mengambil alih Kerajaan pada 16 Sept 2008, gagal selepas cadangan untuk mengadakan sidang khas Dewan Rakyat telah ditolak Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Si Ketua Penipu tu berkata, dia telah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk menjalankan proses bagi mendapatkan persetujuan Perdana Menteri supaya diadakan sidang khas Dewan Rakyat dengan notis undi tidak percaya kepada PM.
“Namun surat itu tidak dijawab dan Abdullah menolak cadangan diadakan Sidang Khas Parlimen,” katanya ketika pemeriksaan balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam kes saman Anwar terhadap Khairy.
Si Ketua Penipu itu juga bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa dia telah berjaya mendapat sokongan mencukupi daripada pihak Barisan Nasional yang terdiri daripada 30 ke 40 anggota Parlimen BN untuk melompat parti.

Bekas ketua pembangkang itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa dia sebenarnya sengaja ‘mengadakan cerita’ kononnya kerajaan akan bertukar pada 16 Sept 2008 dan membohongi ramai Anggota Parlimen BN.
“Oleh kerana kegagalan mengadakan Sidang Khas Parlimen, proses ini (menukar kerajaan) terbantut dan 40 anggota Parlimen berkenaan diterbangkan ke Taiwan untuk menghadiri Seminar Pertanian,” kata Anwar.
Jika sebelum ini, ada pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu mendakwa kegagalan perlaksanaan agenda 16 September itu adalah berpunca dari keengganan PAS untuk turut serta.

Kata pemimpin tersebut, cadangan 16 September yang telah dianjurkan oleh Si Ketua Penipu itu telah ditolak pimpinan utama PAS kerana ‘Majoriti Islam Melayu’ adalah syarat yang tidak mampu dipenuhi.

Dalam erti kata lainnya, pemimpin itu mendakwa, PAS telah mengkhianati Pakatan dengan tidak menyatakan persetujuan untuk meneruskan agenda rampasan kuasa yang direncanakan oleh Si Ketua Penipu itu.

Pokok pangkalnya, tindakan Si Ketua Penipu tu nak merampas kuasa melalui pintu belakang dan cubaan nak membeli wakil rakyat Barisan Nasional agar dia dapat berkuasa memang benar - benar wujud. Ianya tidak seperti yang dinafikan mereka selama hari ini!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Dan terbukti benar jugalah bahawa ahli parlimen BN begitu mudah untuk dibeli dengan wang ringgit dan kuasa. Kalau mereka tidak diterbangkan keTaiwan rancangan Anwar Juburi pasti berjaya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping