Hahaha!!! Seolah - olah macam Timbalan Presiden PAS ni cuba nak menganjing pihak yang mendakwa cadangan supaya PKR dan PPBM bertindak meninggalkan Pakatan Haprak tu secara terang - terangan.
Dalam kenyataan yang dibuat hari ini, Timbalan Presiden PAS itu mendakwa cadangan yang telah dikemukakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan itu merupakan cadangan yang bagus.
"Kalau orang Melayu lihat bahawa mereka didokongi atau didominasi oleh DAP dalam PH, tak mungkin orang Melayu beri undi kepada blok pembangkang...sebab itu Datuk Amar cadang kalau boleh PKR, Bersatu (PPBM) sertai Gagasan, ia bentuk satu gelombang besar.
"Saya setuju dengan pandangan Datuk Amar, ini bukan soal parti besar atau kecil tapi perlunya satu keyakinan dibina di kalangan pengundi Melayu," katanya kepada Antarapos.
Ujarnya lagi, sokongan pengundi Melayu kepada blok pembangkang merupakan isu besar pada ketika ini, dan cadangan tersebut wajar diambil kira oleh PKR dan PPBM.
"Saya lihat begini, ia isu besarnya ialah bagaimana untuk kita menarik sokongan undi Melayu ke dalam blok pembangkang...Dominasi dalam BN yang diketuai Umno, menyebabkan orang Melayu sokong (BN).
"Saya fikir ia (cadangan) perlu dilihat secara mendalam, bukan soal sentimen, tapi cadangan Datuk Mohd Amar itu boleh difikir untuk kalau kita mahu kuatkan dominasi Melayu di kalangan blok pembangkang. Sebab sekarang ini isunya orang lihat DAP dominasi PH," katanya lagi.
Semalam, Mohd Amar berkata kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda sekiranya PKR dan PPBM meninggalkan PH dan menyertai blok ketiga iaitu Gagasan yang ditunjangi PAS bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA).
Mengulas bersabit hal itu, Tuan Ibrahim berkata Amanah wajar melihat kajian yang pernah dilakukan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
"Kalau lihat kajian yang dibuat Rafizi, PAS bersendirian mendapat 21 peratus sokongan berbanding PH hanya dapat 24 peratus (walau) dengan penyertaan tiga parti.
"Jadi itu menunjukkan undi teras pengundi Melayu didominasi PAS. Kalau PAS walau satu parti dapat 21 peratus sokongan berbanding DAP, PKR, Amanah, Bersatu (PPBM) hanya dapat 24 peratus sokongan. Jadi kenyataan Amanah ini jelas tak betul lah," katanya, merujuk kepada kajian simulasi Invoke.
Apa yang jelas, tindakan pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mohd Amar sebelum ini seolah - olah cuba nak memperbodohkan kajian yang telah dilakukan oleh Rafizi. Dalam erti kata lainnya, diorang sendiri tak iktiraf kajian yang dibuat oleh INVOKE!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.