Sibuk dok membongkarkan mengenai penyelewengan orang lain membuatkan Si Rafizi ni tak sedar yang seluar dia sendiri dah terlondeh apabila satu persatu kes rasuah PKR didedahkan kepada umum.
Namun, apa yang menghairankan, kenapa sehingga hari ini, Si Rafizi tu tak berani bersuara mengenai isu penyelewengan yang berlaku dibawah Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin Ali?
Kalau sebelum ini, Si Rafizi tu bukan main lantang 'Menyerang' Zuraidah Mak Lampir dan mendesak agar 'Anak Ikan' peliharaan Si Ahli Parlimen Ampang itu mengisytiharkan hartanya.
Tapi kenapa kali ini Si Rafizi tu tidak mengambil tindakan yang sama bagi mendesak Pegawai Khas Azmin untuk mengisytiharkan hartanya secara terbuka? Sebaliknya, kenapa dia hanya mendiamkan diri?
Itu persoalan yang timbul apabila Pegawai Khas kepada Si Menteri Besar Selangor itu dilaporkan memiliki harta kekayaan yang jauh lebih luar biasa dari Si Anak Ikan Mak Lampir.
Isu berkaitan dengan hasil kekayaan Pegawai Khas Azmin itu mula menjadi perhatian umum apabila bekas pemimpin kanan PKR, Si Chagubard tu membuat pendedahan melalui blognya.
Artikel yang menyiarkan 'Surat Terbuka' yang ditujukan khas buat Rafizi itu antara lainnya membangkitkan isu penyelewengan yang semakin berleluasa didalam pejabat Menteri Besar Selangor.
"Pertama sekali surat ini ingin mendapat kepastian dari YB Rafizi Ramli sendiri berkenaan laporan beliau. Apakah status laporan beliau dan kenapa laporan beliau, beliau sendiri seolah senyapkan mengenai pendedahan ini?
"Saya sangat yakin laporan yang Rafizi lakukan punya asas dan bukti seperti mana yang sering beliau lakukan sebelum ini. Namun kenapa beliau sendiri senyap dan tidak melakukan pendedahan?
"Adakah Rafizi melihat korupsi ini punya 'kasta' iaitu yang dilakukan musuh perlu dilawan tetapi yang dilakukan orang dalam PKR ia perlu disenyapkan?
"Atau Rafizi menerima ugutan dalam parti dan untuk elak tindakan ia terpaksa senyapkan? atau Rafizi menerima habuan untuk menyenyapkan perkara ini?" soal Pengerusi SAMM itu.
Pokok pangkalnya, tindakan Rafizi yang hanya mendiamkan diri berhubung perlakuan rasuah yang berlaku didalam Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin itu jelas membuktikan yang dia seorang HIPOKRIT dan tidak layak diangkat sebagai pemimpin!!!
Banyak sangat tuduh dan fitnah org. Akhirnya terpercik ke muka sndiri.
BalasPadam