Rabu, Februari 15, 2017

Wow! Nampak gayanya marah puak - puak PAS ni terhadap bekas Perdana Menteri tu masih belum reda. Sebaliknya ia semakin bertambah membara sejak parti itu diserang bertubi - tubi oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Mungkin sebab itu PAS tampil memberi peringatan kepada Tun Mahathir agar dia 'sedar' yang dia bukan lagi Perdana Menteri sehingga boleh menentukan keputusan bagi sesebuah parti.

Naib Presiden PAS, Iskandar Samad berkata, adalah tidak wajar untuk Pengerusi PPBM itu terus mendesak PAS agar mereka kembalu menyertai Pakatan yang turut dianggotai oleh DAPigs dan PAN.
"Apa locus standi dia untuk beri tempoh kepada sesiapa? Mungkin dia masih memikirkan bahawa dia masih lagi Perdana Menteri. Kita kena ingatkan dia bahawa dia bukan Perdana Menteri lagi, dia tak boleh beri tempoh kepada sesiapa," katanya ketika ditemui ketika Ceramah Pra-Himpunan 355 di sini malam tadi.
Naib Presiden PAS itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tun Mahathir pada yang memberi tempoh selama sebulan kepada PAS untuk membuat keputusan sama ada mahu menyertai Pakatan atau tidak. 

Tun Mahathir berkata, walaupun perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan PAS susulan pertemuan kedua-dua parti pada 1 Feb lepas, keputusan segera harus diperolehi bagi menentukan strategi seterusnya.

Bekas perdana menteri itu juga menyatakan kekesalannya ekoran keengganan Presiden PAS, untuk bertemu dengan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin bagi membincangkan soal kerjasama ini dengan lebih lanjut.

PAS pada ketika ini masih dalam proses rundigan bersama PPBM dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, namun ia belum lagi mencapai sebarang kata putus di mana kedua-dua parti masih meneliti deraf kerjasama mereka. 

Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, PAS perlu mempertahankan prinsip parti dan teliti dalam sebarang keputusan khususnya membabitkan rundingan bersama parti lain kerana tidak mahu 'pisang berbuah dua kali'.
"Kita perlu tegas dari segi prinsip kita, dan kita tak mahu dikhianati seperti sebelum ini. Kita memang tegas, tapi pilihan raya masih lama lagi...boleh berlaku perbincangan selepas ini. Kita tunggu dan lihat," ujarnya.
Pokok pangkalnya, kenyataan pemimpin PAS itu jelas memperlihatkan yang dia agak kecewa dengan tindakan Tun Mahathir yang masih lagi mempamerkan sifat Diktatornya walaupun sudah tidak lagi mempunyai sebarang jawatan dalam Kerajaan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping