Jumaat, Februari 17, 2017

Hampir sedekad lamanya keluarga Si Nurul Izzah tu menyimpan dendam terhadap Tun Mahathir dan mendakwa bekas Perdana Menteri sebagai seorang pemimpin Diktator yang Kejam serta Zalim.

Ianya ekoran tindakan Tun Mahathir yang memecat jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh bapa kepada Si Nurul Izzah tu atas tuduhan melakukan hubungan seks songsang.

Malah, keluarga Si Nurul Izzah itu juga turut pernah mendakwa Tun Mahathir sebagai dalang disebalik tuduhan kes Liwat II yang melibatkan bekas pembantu peribadi Si Ketua Penipu tu.

Namun, dek kerana desakan Politik dan mahu menjaga kepentingan Peribadi membuatkan keluarga Si Nurul Izzah tu terpaksa menelan balik segala ludah serta kahak yang telah dilemparkan terhadap Tun Mahathir.

Walau bagaimana pun, disebalik 'Wayang Politik' yang dipamerkan oleh keluarga Si Nurul Izzah tu, sempat lagi dia selit sindiran pedas terhadap bekas Perdana Menteri itu secara terbuka.

Bercakap dalam satu forum yang diadakan di Lembah Pantai baru - baru ini, Si Nurul Izzah tu sendiri menyindir Tun Mahathir secara sinis dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu 'Baru Bukak Mata'.

Dengan memberikan gambaran seolah - olah Tun Mahathir selama ini 'Buta', Si Nurul Izzah itu mendakwa bekas Perdana Menteri itu kini sudah mula membuka matanya, terhadap kepincangan yang berlaku.
"Hari ini seorang sosok bernama Tun Dr Mahathir Mohamad boleh membuka matanya sendiri, datang ke mahkamah menyatakan pendirian, ia kini tiba masanya kita harus bekerjasama untuk menjatuhkan menerusi pilihan raya Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Namun bagi sesetengah pihak, tindakan Si Nurul Izzah tu memperlihatkan sifat terdesak PKR dan keluarga Si Ketua Penipu tu yang sudah mula hilang arah tuju untuk kekal relevan dalam arus Politik semasa.

Apa yang jelas, tindakan MUNAFIK yang dipamerkan oleh keluarga Si Nurul Izzah dengan menerima kembali Tun Mahathir itu hanya membuktikan bahawa PKR sememangnya tidak mempunyai pengaruh sehingga terpaksa bergantung harap kepada orang luar untuk dapatkan sokongan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping