Pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini dinasihatkan agar tidak perlu menjadi 'Tunggul Kayu' dan menunggu PAS sekiranya mereka masih mahu terus mendampingi DAPigs.
Itu diantara nasihat Naib Presiden PAS Pusat, Mohd Amar Nik Abdullah, yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan kepada parti yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ujar Amar, PPBM kerap menyerang kepimpinan PAS, namun hingga kini masih menagih persetujuan daripada partinya untuk menjalinkan kerjasama politik menuju Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
"Kalau rasa PAS parti yang tidak efektif, maka tak perlulah kita masuk pakatan itu. Nanti kita susahkan mereka pula. Jadi lebih baik kita bawa diri ikut jalan masing-masing.
"Eloklah (PPBM) pergi dengan DAP, tak payah tunggu kita dan bagi tempoh sehingga sebulan. Kita sama-sama tengok apa jadi pada pilihan raya umum nanti," ujarnya dipetik sebuah akhbar.
Dr Mahathir sebelum ini berkata PPBM tidak akan meninggalkan DAP kerana parti itu dilihat kuat dan memiliki jumlah kerusi terbanyak iaitu 39 kerusi berbanding PAS yang hanya memiliki kurang 20 kerusi.
Walaubagaimanapun, bekas Presiden UMNO itu berkata akan tetap menunggu PAS dalam masa sebulan, untuk melihat sama ada parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan PPBM atau tidak.
Dr Mahathir sebelum ini secara terang-terangan mengakui tersilap menilai DAP selama ini. Ujarnya DAP adalah parti untuk pelbagai bangsa dan tidak mengamalkan politik perkauman.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.