Khamis, Februari 16, 2017

Heh! Sepertimana yang kita dakwa selama hari ini, Si Mahfuz Bean ni mana ada keberanian nak ambik tindakan meninggalkan PAS. Hakikatnya, dia tau yang dia tak boleh hidup tanpa PAS.

Pokok pangkalnya, Si Mahfuz Bean tu tau jika dia keluar dari PAS, bukan sahaja dia akan kehilangan jawatan sebagai Ahli Parlimen, malah sokongan kepada dia juga akan turut hilang.

Maka atas dasar itu Si Mahfuz Bean tu bengkak bila dicabar Naib Presiden PAS untuk mengambil tindakan keluar dari PAS secara terhormat apabila dia kerap mengkritik parti secara terbuka.

Dalam kenyataan yang dibuat hari ini, Si Mahfuz Bean tu mendakwa tindakan yang dilakukan oleh Naib Presiden PAS itu hanya memperlihatkan sifatnya yang 'Gedebe' (Gengster).

Malah, Si Mahfuz Bean tu mendakwa kononnya dia hanya menyuarakan pandangan yang disampaikan oleh akar umbi PAS diperingkat bawahan yang masih sayangkan perjuangan parti.
"Terima kasih Datuk Nik Amar kerana halau saya. Insya-Allah, saya akan terus bawa suara akar umbi PAS demi cinta serta sayang terhadap PAS.
"Tidak saya sangka kenyataan saya berkaitan pendirian PAS tidak akan kerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan Amanah dan DAP mendapat perhatian Nik Amar dengan kenyataan yang amat memalukan PAS.
"Kenyataan Nik Amar yang menghalau saya keluar dari PAS amat mengejutkan kerana ia memperlihatkan watak 'gedebe' beliau," kata Mahfuz dalam kenyataan.
Namun, apa yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu hanya sekadar pandangan peribadi dia sendiri dan bukannya suara ahli diperingkat akar umbi PAS secara keseluruhan.

Bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean itu sejak kebelakangan ini hanya memperlihatkan kecenderungannya menyokong parti dikalangan puak Pakatan Haprak tu.

Jelas, tindakan Si Mahfuz Bean tu mengutuk dan mengkritik kepimpinan PAS dengan mempergunakan pentas parti yang memusuhi PAS wajar dianggap sebagai satu tindakan yang MUNAFIK. Orang macam tu sememangnya tidak layak untuk jadi pemimpin!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping