Pemimpin kanan PAN yang mendakwa kononnya parti itu menerima keahlian baru setiap bulan seramai 1,000 orang mula menjadi persoalan dikalangan rakyat, terutama pimpinan PAS.
Sehubungan itu Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat meminta agar parti serpihannya segera mengemukakan bukti berserta jumlah terkini keseluruhan ahli PAN, jika benar ia sudah mencapai tahap tersebut.
"Yang kita tahu keahlian Amanah sehingga kini adalah hanya 23,000. Ini berdasarkan maklumat yang kita dapati. Mereka cakap-cakap itu boleh, namun manakah buktinya?
"Dahulu mereka kata dalam tempoh setahun mereka akan dapat 100,000 ahli. Jadi dia (Salahuddin) seperti 'penjual ubat'.
"Konon ubat saya baik... Saya anggap Salahuddin seperti Do Re Mi yang jual ubat, yang akhirnya orang akan marah pada dia," katanya ketika ditemui Antarapos.
Semalam Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub mendakwa partinya menerima keahlian baru setiap bulan secara purata seramai 1,000 orang.
Mendakwa ia bukan sekadar cakap-cakap bohong, Salahuddin menambah jumlah tersebut menyamai penyertaan ahli baru PAS meskipun parti berkenaan telah wujud lebih 60 tahun lalu.
Salahuddin yang pernah menjadi naib presiden PAS juga percaya sokongan anak muda kepada Amanah semakin ketara, termasuk di kalangan pengundi atas pagar, intelektual dan pelajar universiti.
Jual ke jual racun...
BalasPadamMimpi siang hari agaknya pak din ni..
BalasPadam