Sabtu, Februari 18, 2017

Anggota Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mungkin berdepan tindakan disiplin oleh PAS jika siasatan mendapati beliau bersalah kerana kerap mengkritik kepimpinan parti.
"Saya dimaklumkan telah ada laporan yang dibuat ke atas beliau (Mahfuz) kepada jawatankuasa disiplin parti. Kita tunggu sahaja keputusannya nanti," kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik Bernama selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di Marang, hari ini.
Hadi juga dilaporkan menasihati pemimpin dan anggota PAS yang tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat menerima dasar-dasar PAS agar keluar parti.

Rabu lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menasihatkan Mahfuz supaya keluar dari PAS daripada terus mengkritik dan menyerang parti itu.
“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini, tidak tahu ke mana, duduk dalam PAS tapi serang PAS. Kritik PAS, baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam PAS,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Mahfuz yang berkata PAS tidak perlu menunggu muktamar parti itu pada bulan April ini untuk menentukan kerjasama dengan PKR kerana PAS sudah mengetahui PKR mempunyai hubungan dengan DAP dan AMANAH.

Sehubungan itu, Mahfuz turut mencadangkan PAS menarik diri daripada kerajaan negeri Selangor yang turut dianggotai PKR dan DAP bagi membuktikan ketegasan prinsip parti Islam itu.

Sebaliknya, Mahfuz menempelak timbalan menteri besar Kelantan itu dengan berkata, Nik Amar yang berlatar belakang pensyarah universiti serta berpendidikan Islam, tidak sepatutnya membawa sifat 'menghalau' hanya kerana ahli PAS mengambil tanggungjawab menegur parti.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Pecat je mahfuz tu...buat kacau dalam parti. Mana2 parti pun akn pecat org mcm tu.

    BalasPadam
  2. Taik busuk mcm mahfuz bean harus di flush saja oleh pas menuju tong taik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping