Hasil kedegilan dan kesombongan pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu kini sudah sampai ke satu peringkat yang sangat kronik sehingga ianya tidak dapat diperbaiki lagi dalam masa terdekat.
Mungkin atas sebab itu Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini membayangkan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, hampir pasti.
Beliau berkata kenyataan terbaharu Pengerusi PPBM, Tun Mahathir untuk tidak sujud di kaki Pas telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara kedua-dua parti itu.
"Persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan," katanya dalam entri di laman Facebooknya semalam.
Sebelum ini, Presiden PAS telah mengulangi pendirian yang jelas menyatakan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan PPBM jika mereka masih menjalin hubungan dengan DAPigs dan PAN.
Menurut kata Hadi Awang, keputusan berkaitan dengan pendirian itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang telah menjadi ketetapan PAS sebelum ini.
Nik Mohamad Abduh berkata kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga menyebabkan DAPigs, PAN, PKR dan PPBM berterusan menyerang PAS dan mengaitkannya dengan UMNO.
Sambil menegaskan bahawa UMNO kekal sebagai musuh tradisi parti itu dalam politik, PAS bagaimanapun menyifatkan politik yang diamalkan oleh puak - puak DAPigs adalah lebih berbahaya.
"PAS mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara. Rosak negara adalah kerana UMNO membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai.
"DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti. PAN adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat malang," tulis beliau.
Pokok pangkalnya, pendirian itu jelas membuktikan bahawa parti dikalangan puak Pakatan pembangkang ini semuanya terdiri dari kalangan mereka yang hanya sekadar mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Bukannya diorang nak jaga kebajikan rakyat!!!
Skrg politik persepsi trlalu ghairah dilakukan utk sesuatu pihak. Fitnah pun dah dianggap mcm halal demi mewujudkan persepsi. Ini salah satu kekotoran dlm politik tanah air.
BalasPadam