Satu persatu tembelang rasuah pembangkang terbuka. Akhirnya Adam Rosly Disneyland Ketua AMK Ampang diseret ke SPRM. Luar biasa pengamal rasuahnya adalah kalangan muda-muda.
Kelam Kabut Azmin sehingga terpaksa membuat tweet palsu. Rasuah Hilman Idham Pegawai Khasnya pula terus didedah membuka pula kisah selebriti penyampai berita Astro Awani Hans Yusoff.
Kalau SPRM tidak membuka semula kertas siasatan memang benarlah mereka memilih-milih!. Sudah lama pihak membicarakan “Geng Sariman” atau budak Hilman. Lama-lama pasti ditemui juga.
Terbaru pada 14 Februari 2017 ketika Dato’ Sri Jamal Md Yunos membuat gimik baru dengan membawa 15 van jenazah, keranda dan berpakaian seperti penggali kubur di depan pejabat SUK Selangor di Shah Alam.
Tindakan itu merupakan diantara siri pendedahan terhadap penyalahgunaan dana untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor berjumlah RM200 juta.
Selama ini tiada pemimpin Pakatan yang mempertahankan Azmin. Kali ini Hilman Idham, Pegawai Khas Azmin meminta agar budak - budak jutawannya tampil mempertahankan 'bossnya' di pintu masuk pejabat SUK.
Dah dapat projek berjuta, takkan tak mahu ‘backup’. Maka nampaklah kelibat Mohd Zulfahimin Mahadzir dan Anwar Nekhan Exco AMK Pusat di pintu pagar terpeking - pekik menjerit kepada pendemo Keranda itu.
Zulfahimin Mahadzir pula memang budak Hilman setia. Kemana saja Hilman Idham, Azmin atau YB Amirudin Shari ada biasanya mereka ini ada. Kenyang dapat projek dibawah pentadbiran Azmin.
Antara lainnya, Kutipan Sampah dibawah Syarikat Hebat Abadi Sdn Bhd anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), projek bersih Sungai Klang dan apa saja yang boleh dirembat melalui Hilman.
Maka tidak logiklah kalau Zulfahimin ini tak mahu tampil di pintu pagar jadi penghalang Dato’ Sri Jamal. Kredit politik harus dikutip untuk meneruskan kerjasama jangka panjang bersama Azmin Ali dan Hilman Idham!
Namun persoalannya, dari mana anak - anak buah kesayangan Si Menteri Besar Selangor ini memiliki hasil kekayaan mereka? Takkan pulak ianya hasil dari duit tabung yang disimpan sejak dari kecil? Mustahil juga hasil kekayaan mereka itu semuanya turun dari langit!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.