Jumaat, Februari 10, 2017

Nampak gayanya, keceluparan mulut Si Husam ni akhir berbaloi apabila dia bakal disaman oleh bekas partinya, PAS yang sedang bersedia untuk memfailkan saman ekoran kenyataan dibuat berkaitan dana RM90 juta.

Timbalan Presiden PAS dalam satu kenyataan berkata, parti terbabit menganggap kenyataan yang dibuat oleh Husam mengenai dana itu adalah rantaian daripada fitnah dibuat Sarawak Report sebelum ini.

Katanya, PAS sebelum ini pun telah menafikan sekeras - kerasnya tuduhan bahawa parti tersebut menerima dana sebanyak RM90 juta daripada UMNO melalui akaun Affin Bank seperti yang dilaporkan
"PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau (Husam) sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beberapa hari yang lalu Husam tampil diatas pentas ceramah PAN membuat dakwaan bahawa dia mengetahui maklumat penuh mengenai dana RM90 juta yang dikatakan telah disalurkan kepada PAS.

Husam sebelum ini pernah menjadi Naib Presiden PAS. Namun dia telah diketepikan oleh perwakilan dalam muktamar pada tahun 2015. Ekoran insiden tersebut, Husam kerap kali tampil diatas pentas PAN memburukkan kepimpinan PAS.

Atas sebab itu, PAS telah mengambil keputusan untuk menggugurkan keahliannya daripada PAS atas dakwaan salah laku pada bulan Mei tahun lepas dan menyebabkan dia menyertai PAN.

Dalam ceramahnya, Husam mendakwa ada dana bernilai sebanyak RM90 juta telah disalurkan melalui akaun di Affin Bank milik bekas partinya itu. Bagaimanapun dia tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Rakaman singkat video ucapan yang telah disampaikan oleh Husam itu telah tersebar secara meluas serta menular melalui aplikasi laman media sosial dan turut dimuat - naikkan ke laman YouTube.

Melalui rakaman itu juga, Husam turut memberikan gambaran bahawa dia akan mendedahkan lebih banyak butiran mengenai isu berkenaan sebagai bahan kempen Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Isu RM90 juta mula dibangkitkan oleh portal Sarawak Report pada Ogos tahun lalu yang dianggap palsu dan berniat jahat. Ekoran dakwaan itu PAS menyatakan mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web berkenaan!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. BAGUSLAH...............SAMAN, JANGAN TAK SAMAN.
    Jangan tunggu hari selasa baru nak SAMAN.
    Jangan tunggu minggu atau bukan depan.
    TERUS SAMAN!

    BalasPadam
  2. Husam dah kecewa sbb Pan tak dapat sambutan. Buat fitnah sana sini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping