Heh! Nampak gayanya, tuduhan yang dilemparkan oleh Si Mahfuz Bean ni kepada UMNO juga boleh digambarkan seolah - olah dia sedang menyindir usaha parti PPBM secara tidak lansung.
Apa yang pasti, tuduhan Mahfuz yang mendakwa UMNO sedang berada dalam keadaan terdesak sehingga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan PAS juga boleh ditujukan kepada PPBM.
Dalam kenyataan yang dibuat semalam, Si Mahfuz Bean tu mendakwa UMNO Kedah sedang berada diambang kegagalan mempertahankan negeri itu menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Mahfuz membuat dakwaan itu selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dikatakan berusaha memujuk PAS, ia seolah menunjukkan UMNO negeri kini makin lemah.
Tapi Si Mahfuz Bean tu lupa bahawa kesediaan PPBM untuk bekerjasama dengan PAS juga bukan satu kesungguhan dari parti itu, sebaliknya sekadar janji manis yang tidak menguntungkan rakyat.
Apa yang jelas, taktik yang digunakan Pengerusi PPBM, Tun Mahathir sebelum ini memang sudah boleh baca kerana rakyat hari ini lebih bijak menilai yang mana kaca, yang mana permata.
Persoalannya, jika benar Pengerusi PPBM itu mengalu - alukan kerjasama Politik dengan PAS, mengapa dia masih lagi menyerang parti itu dengan pelbagai tuduhan rambang secara terbuka?
Kenapa bekas Perdana Menteri itu masih lagi mengadakan hubungan rapat dengan DAPigs sedangkan secara umumnya semua orang tahu bahawa kedua - dua parti itu kini bermusuhan?
Hakikatnya, apa yang pasti pendirian yang dibuat oleh PAS sebelum ini sudah cukup jelas. Parti itu telah berikrar bahawa mereka tidak akan kembali kepada Pakatan yang dianggotai oleh DAPigs dan PAN.
Namun Si Mahfuz Bean ni tetap mendakwa UMNO memang mengharapkan PAS tidak kembali dan menganggap ianya sudah cukup untuk UMNO terus menerajui kerajaan selepas PRU 14 nanti.
Pokok pangkalnya, dakwaan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean ni jelas mengkritik usaha PPBM yang cuba memancing PAS agar kembali menyertai Pakatan dan membuktikan bahawa parti itu sedang berada dalam keadaan terdesak menagih sokongan!!!
Sebenarnya bukan umno atau pas terdesak mahfuz bean yang terdesak kerana takut pas dan umno bergabung dengan mudah untuk menumbangkan semua pakatan yang ada, mahfuz bean takut kehilangan kerusi pada pilihanraya akan datang dan sudah pasti pas dan umno tidak akan ambil orang macam mahfuz bean buat semak saja.Minta rakyat Malaysia doakan semuga segala sengketa umno masa Mahathir ditamatkan dan berdoa agar umno dan pas bersatu supaya pentadbiran Islam dan Ekonomi antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Hadi Awang berjalan dengan lancar INSYAALLAH.
BalasPadam