Khamis, Februari 16, 2017

Rentetan dari luahan rasa kecewa yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu semalam menyebabkan dia kini berada dalam keadaan yang sangat rapuh dikalangan pemimpin PAS yang lain.

Ini kerana tindakan serta kenyataan yang sering dilakukan oleh Ahli Parlimen PAS itu sejak kebelakangan ini sering kali bertentangan dengan keputusan serta pendirian pucuk pimpinan parti.

Malah, Si Mahfuz Bean tu secara terbuka mempamerkan kecenderungannya menyokong parti yang menjadikan PAS sebagai Musuh Utama sehingga sanggup mendesak PAS keluar dari Rejim Pakatan Selangor.


Membidas kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu semalam, Naib Presiden PAS tampil mencabar Ahli Parlimen Pokok Senan itu melepaskan jawatan dan meninggalkan parti secara terhormat.

Katanya, tiada kewajaran untuk bekas naib presiden PAS itu kekal bersama parti, namun pada masa sama mengkritik dan menghentam serta memperlekehkan parti sendiri secara terbuka.
"Saya cadangkan dia (Mahfuz) keluar sahaja daripada parti, jangan jadi macam sekarang iaitu duduk dalam PAS, namun pada masa sama serang dan kritik PAS secara berterusan tanpa arah tuju.
"Saya nak persoalkan kedudukan Mahfuz, buat apa lagi dia (Mahfuz) duduk lama-lama dalam PAS sekiranya beliau tidak mampu menerima perjuangan yang dibawa oleh PAS.
"Malah, sebarang kenyataan yang dikeluarkan Mahfuz sejak kebelakangan ini tidak diambil kira oleh parti kerana bagi kami tidak relevan langsung. Sekiranya tidak berpuas hati, sila keluar," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco, di sini, hari ini.
Namun, apa yang menjadi persoalannya, adakah Si Mahfuz Bean tu mempunyai maruah untuk mengambil tindakan sedemikian? Adakah dia berani nak mengambil tindakan dan keluar dari PAS?

Yang lebih menghairankan kita, kenapa PAS sendiri tidak mengambil sebarang tindakan terhadap perilaku yang dipamerkan oleh Si Mahfuz Bean tu? Kenapa mereka biarkan dia begitu sahaja?

Hakikatnya, Si Mahfuz Bean ni bukan sahaja wajar dianggap sebagai Pengkhianat kepada PAS. Bahkan dia juga bukan seorang yang mempunyai prinsip serta kemaluan pada dirinya sendiri. Maka sebab itu dia sanggup mengkhianati PAS secara terang - terangan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping