Khamis, Februari 16, 2017

PAS tidak pernah meminta atau mengharapkan pimpinan PPBM datang melutut mahupun mencium kaki pimpinan parti itu demi mendapatkan kerjasama menjelang PRU yang akan datang.

Sebaliknya Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki menjelaskan, PAS hanya menyeru PPBM supaya jangan melutut kepada pimpinan DAPigs terutama Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
"Setakat yang saya maklum tiada mana-mana pimpinan PAS yang minta pimpinan PPBM khususnya Tun Dr Mahathir mencium kaki pimpinan PAS. 
"Yang PAS nasihat ialah pimpinan PPBM dan Tun Dr Mahathir jangan melutut mencium kaki Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP," katanya kepada Antarapos menerusi aplikasi Whats App.
Semalam Pengerusi PPBM itu sekali lagi bertegas meletakkan tempoh selama sebulan kepada PAS untuk segera memutuskan samada mahu menjalin kerjasama pakatan pilihan raya atau tidak.

Menurut Tun Mahathir, PPBM sudah buntu mencari jalan memujuk PAS, namun menegaskan bahawa parti itu tidak akan merangkak dan mencium kaki pemimpin PAS dalam merealisasikan kerjasama itu.

Dalam pada itu, Zuhdi juga turut menyatakan pendapat bahawa didalam PPBM ini terdapat dua kumpulan yang mempunyai pandangan berbeza mengenai kerjasama diantara kedua - dua parti.

Jelasnya, ada pihak yang sangat mengharapkan kerjasama ini dan ada pihak yang menganggap ia sebagai 'jalan' untuk mendapat sokongan DAP dengan melakukan serangan ke atas PAS.
"Saya berpandangan, ada satu pihak dalam PPBM yang memang mengharapkan kerjasama dengan PAS dan ada satu pihak lain yang tidak mengharapkan kerjasama dengan PAS. 
"Pihak yang tidak mengharapkan kerjasama ini, akan jadikan PAS sebagai 'punching bag', dan mereka berharap dengan menyerang PAS ini, mereka akan meraih sokongan pengundi Cina yang bersama DAP," katanya lagi.
Pokok pangkalnya, bukan PAS yang terhegeh - hegeh nak mendapatkan sokongan dari PPBM dan terlalu terdesak mahu menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan parti itu. Sebaliknya, pemimpin PPBM yang beria - ia nak memancing sokongan dari PAS!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping