DAPigs menerima tamparan hebat apabila empat wakil rakyatnya di Melaka, termasuk Ahli Parlimen tunggalnya di negeri itu, keluar parti kerana semakin kecewa dengan pimpinan Lim Guan Eng.
Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, Lim Jack Wong (Bachang) and Chin Choong Seong (Kesidang) mengambil tindakan mengejutkan itu ekoran perbalahan dalaman yang berlarutan.
Pada sidang akhbar sebentar tadi, Tong Him berkata dia bersama dengan rakan - rakannya ternyata kecewa kerana perjuangan DAPigs hari ini semakin tersasar daripada landasan asal.
"Selepas berfikir mendalam, saya dengan rasa kesal menyatakan saya sudah hilang keyakinan dan amat dukacita dengan kepimpinan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng dan pimpinan pusat beliau dalam menangani isu-isu dalaman dan luar DAP.
“Saya juga tidak boleh menerima dan menyokong dengan penjajaran semula perjuangan politik yang diambil oleh DAP baru-baru ini,” kata Tong Him kepada wartawan.
Selepas lebih tiga dekad menggelar Tun Mahathir sebagai diktator dan zalim, Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang menjalin kerjasama politik dengan mantan Perdana Menteri itu yang memimpin PPBM.
Malah Kit Siang dilihat mempertahankan rekod buruk Mahathir, khususnya berhubung dengan isu forex Bank Negara Malaysia dan skandal kewangan BMF semasa menjadi Perdana Menteri.
Menurut Mahathir, PPBM, DAP bersama PKR dan Amanah akan menggunakan logo sama dan meletakkan calon yang dipersetujui untuk menyaingi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut Tong Him, mereka kini akan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas dan tidak berhasrat menyertai parti lain. Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan bertanding sebagai calon bebas pada PRU14.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.