Ahad, Februari 12, 2017

PAS tidak akan menunggu sehingga sebulan seperti tempoh diberikan Pengerusi PPBM, Tun Mahathir kepada parti itu sama ada untuk menyertai Pakatan atau sebaliknya.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, sebaliknya PAS sudah pun membuat keputusan iaitu tidak akan berkerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAPigs dan PAN.
"Kita sudah buat keputusan. Semua parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah, kita tak ada hubungan dengan mereka.
"Tak perlu tunggu sebulan. Bila dia dah ada hubungan dengan DAP dan Amanah, habislah, tak adalah," katanya kepada media selepas Konvensyen Kebajikan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas, di sini, hari ini.
Semalam, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil memberikan PAS tempoh selama sebulan untuk memutuskan sama ada mereka mahu menyertai Pakatan atau tidak.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menafikan dia enggan untuk berjumpa dengan pemimpin PPBM bagi membincangkan mengenai isu kerjasama diantara kedua-dua parti seperti didakwa Mahathir.
"Saya pernah berjumpa (dengan pemimpin Bersatu) tapi dasar kita itu. Maknanya kalau ada hubungan dengan DAP dan Amanah, tak perlu bincang. Kita dah ada keputusan," katanya.
Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, PAS masih terbuka untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan PPBM dalam isu-isu lain.
"Kita terbuka dengan semua kerjasama dalam isu-isu yang kita tiada masalah. Tetapi isu politik, kita ada masalah kerana DAP dan penyokongnya, dengan Amanah pun dah macam orang DAP.
"Mereka nyata menentang RUU 355, menentang pelaksanaan syariah, itu sempadan. Tak boleh langgar," katanya.
Mengulas mengenai hubungan PAS dengan PKR yang kini bekerjasama dengan DAP dan PAN dalam Pakatan Harapan, beliau berkata, Pas akan membuat keputusan dalam muktamar parti itu, April ini.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping