Heh! Nampak gayanya, Ketua AMK ni pun dah berjangkit dengan penyakit Si Rafizi tu. Pada ketika ini, dia mula berubah menjadi 'Pondan' dan cuba mengulangi isu yang sudah dianggap basi dikalangan rakyat.
Mungkin dek kerana terlalu ketandusan idea nak menyerang pihak Kerajaan Barisan Nasional, Si Ketua AMK tu mula tampil membangkitkan kembali isu berkaitan dengan pendidikan percuma.
Tindakan itu dilihat sebagai satu cubaan untuk mengaibkan pihak Kerajaan selepas kegagalan mereka menyebarkan khabar angin berkaitan perletakan jawatan seorang Menteri Kanan baru - baru ini.
Justeru, mereka terpaksa mencari isu baru untuk diketengahkan semula kepada rakyat walaupun ia telah lama dimainkan dan sudah dijawab berulang - ulang kali oleh pihak yang berkenaan.
Tanpa rasa malu, Ketua AMK Pusat itu telah menjemput orang ramai untuk hadir ke forum anjuran PKR di Taman Keramat, Kuala Lumpur jumaat ini dengan mempergunakan jawatannya sebagai Exco.
Soalnya, jika benar PKR mahu mendesak Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi pendidikan percuma kepada semua pelajar, kenapa pula Rejim Pakatan pimpinan PKR Selangor sendiri tidak berbuat demikian?
Sepatutnya Rejim Pakatan pimpinan PKR lebih awal membuat dasar pendidikan percuma bagi semua pelajar yang menyambung pelajaran ke Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Selangor (UNISEL).
Ini kerana, kedua-dua institut pengajian tinggi berkenaan adalah milik penuh Rejim Pkatan Selangor pimpinan PKR yang turut dianggotai oleh Si Ketua AMK tu sendiri selaku Exco Pendidikan.
Jadi, terlalu ‘pondanlah’ jika Nik Nazmi dengan dibantu oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli jika tidak berdaya memberi pendidikan percuma kepada semua pelajar di KUIS dan UNISEL.
Namun bagi sesetengah pihak, tindakan Ketua AMK membangkitkan semula isu berkaitan dengan pendidikan percuma yang sudah basi itu hanya sekadar satu helah untuk mengalih perhatian rakyat.
Hakikatnya, isu kepimpinan dikalangan puak Pakatan Haprak tu kini sedang berada dalam keadaan kucar kacir dan huru hara serta tidak menentu akibat perebutan kerusi dikalangan mereka sendiri.
Sehingga ke hari ini, isu - isu yang menjadi persoalan dikalangan rakyat masih lagi tidak dapat dijawab, terutama yang berkaitan dengan pembahagian kerusi Pilihan Raya dan siapa yang mengetuai Pakatan Haprak tu pada ketika ini. Itu pasal la diorang sanggup bangkitkan semula isu yang dah basi!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.