Pakatan dijangka bakal berhadapan dengan laluan yang berliku dalam usaha mereka yang mahu menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Dakwaan itu dibuat apabila Si Nurul Izzah tu mendakwa tindak tanduk yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak kebelakangan ini semakin dilihat menguntungkan Barisan Nasional.
Naib Presiden PKR tu berkata, bagaimanapun bapanya, Si Ketua Penipu tu percaya bahawa gabungan Pakatan pembangkang mampu mengatasi semua cabaran itu sekiranya mereka semua bersatu.
“Anwar ada menyebut dalam skop cabaran menumbangkan BN, kita harus bergandingan dengan semua pihak untuk memerangi Najib Razak dan konco-konconya terutama dalam keadaan sekarang kita berhadapan media tidak adil, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berlagak seperti komponen BN.
“Kita harus merapatkan saf untuk menyedarkan rakyat inilah masanya untuk kita menyelamatkan Malaysia daripada Najib Razak dan juga BN,” kata Nurul Izzah ketika menghadiri perbicaraan saman Anwar terhadap Khairy Jamaluddin.
Malah Si Nurul Izzah tu juga cuba memberi gambaran bahawa keadaan Barisan Nasional pada ketika ini semakin tertekan ekoran dilanda pelbagai skandal yang melanda dan mendakwa parti itu sanggup berbuat apa sahaja bagi mempertahankan kuasa.
Namun, kata Si Nurul Izzah, kegagalan gabungan Pakatan pembangkang bersatu hanya akan memberikan jalan kepada Barisan Nasional terus berkuasa dan menyebabkan mereka berada dalam keadaan paling lemah.
Sebagai rekod, gabungan Pakatan pembangkang di Malaysia sehingga ke hari ini masih lagi berada dalam kelam kabut akibat perbalahan dikalangan mereka sendiri yang menjadi semakin hangat.
Nak pulak diantara PAS dengan DAPigs dan PAN. Terbaru, PKR pula mendakwa yang mereka tidak mempunyai sebarang perjanjian bertulis dengan PAS bagi menjalinkan sebarang kerjasama Politik.
Malah kewujudan parti Politik baru seperti PAN dan PPBM bukannya menambah kekuatan kepada gabungan parti pembangkang itu. Sebaliknya ianya menambahkan lagi kecelaruan dikalangan mereka. Maka sebab itu isu mengenai pembahagian kerusi pun masih belum selesai!!!
Semakin banyak parti pembangkang semakin sukar nak bersatu.
BalasPadam