Khamis, Februari 09, 2017

Akhirnya, PKR menampilkan wajah sebenar mereka apabila mengambil tindakan bertentangan dengan menerbitkan buku yang didakwa ada kaitan dengan cadangan pindaan RUU 355 yang dibuat oleh PAS.

Jika sebelum ini, Presiden PKR, Wan Azizah sering kali mengambil jalan selamat dengan tidak menyatakan pendirian mereka terhadap cadangan pindaan yang telah dibuat oleh Presiden PAS di Parlimen.

Alasan Wan Azizah, cadangan pindaan yang dibuat oleh Hadi Awang itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum partinya boleh mengambil sebarang keputusan sama ada mahu menyokong atau sebaliknya.

Namun, rata - rata pemerhati Politik melihat alasan yang diberikan oleh Si Wan Azizah itu hanya sekadar taktik untuk menyelamatkan dirinya sendiri yang pada hakikatnya masih memerlukan bantuan PAS.

Apa yang jelas, PKR hari ini masih lagi menagih sokongan dari PAS agar mereka dapat terus kekal relevan diperingkat akar umbi. Tanpa dokongan dari PAS, PKR hanya ibarat parti Sampah semata - mata.

Tetapi, apa yang dilakukan oleh PKR hari ini jelas mempamerkan pendirian mereka secara tidak lansung. Penerbitan buku berkaitan dengan undang - undang syariah itu jelas bertentangan dengan cadangan PAS.

Menurut Ketua Penerangannya, buku yang bertajuk “Pemerkasaan Perundangan Syariah Di Malaysia” itu mahu memberi penerangan berkaitan isu RUU 355 PAS sekali gus meleraikan kekusutan dan kekeliruan yang timbul. 
"Ia turut menyentuh kecelaruan kefahaman dan persepsi masyarakat terhadap RUU355, memetik panduan dan contoh tindakan oleh ilmuan dan pemerintah dalam soal penetapan hukum, menegaskan kepentingan melaksana keadilan dan menangkis sikap melampau serta merujuk kepada pengalaman dan perkembangan negara-negara umat Islam yang lain," katanya pada kenyataan media.
Namun secara dasarnya, penerbitan buku itu tetap dianggap sebagai satu bentuk Pengkhianatan yang telah "MELIWAT" hubungan Politik yang dijalinkan diantara PAS dan juga PKR pada ketika ini.

Ianya juga membuktikan bahawa PKR bukan sebuah parti yang boleh dipercayai kerana mereka jelas hanya mempergunakan PAS demi untuk memenuhi kehendak serta kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Bukannya nak menyokong dasar parti tersebut!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Sengaja nak kelirukan orang sedangkan ruu dah ada. Cuma nak dinaik taraf je. Itu pun masih tak faham.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping