PAS tidak mungkin akan menjalin semula kerjasama dengan DAP kerana ia sudah diputuskan sebagai 'haram', tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan daripada exco PAS Selangor, Datuk Yunus Hairi yang memberitahu parti bersedia menjalin kerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain.
"Keputusan Majlis Syura apabila menyatakan tiada tahaluf siyasi dengan DAP dan Amanah, maka keputusan itu melibatkan persoalan hukum dengan DAP. Tak boleh tahaluf dengan DAP, hukumnya tak boleh dengan DAP, haram dengan DAP. Tak mungkin akan patah balik," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Zuhdi, bagaimanapun turut menjelaskan kenyataan Ahmad Yunus itu bukan merujuk kepada kerjasama dengan dua musuh politik PAS, iaitu DAPigs dan PAN.
"Setakat ini yang telah diputuskan oleh mesyuarat PAS Pusat dan yang diluluskan oleh Majlis Syura, kita masih dengan Gagasan Sejahtera. Tiada hubungan DAP, kita sudah putuskan hubungan dengan Amanah, maka tak mungkin kita bersama-sama DAP dan Amanah," ujarnya lagi.
Sebelum ini parti-parti politik pembangkang yang lain seringkali 'mengajak' PAS untuk kembali bersatu dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN).
PPBM terdahulu memaklumkan akan melanjutkan perbincangan dengan PAS berkenaan penyertaan parti itu dalam kerjasama politik bersama-sama dengan Pakatan Harapan menerusi pertemuan yang akan diadakan pada 1 Februari (hari ini).
Bukan hanya PPBM yang konsisten mengharapkan penyertaan PAS, DAP juga baru-baru ini menerusi Penasihatnya, Lim Kit Siang, menawarkan salam perdamaian kepada PAS.
Namun tawaran kerjasama itu ditolak PAS, menerusi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengambil kira sejarah lama yang pernah dilalui ketika bersama Pakatan Rakyat (PR) suatu ketika dahulu.
Sebenarnya PAS perlu juga bertanya pada diri mereka sendiri,apa pula bezanya bila mereka berkerjasama dgn PKR?.Bagi saya,PKR lagi teruk ,sudahlah menjadi proksi DAP yg dianggap musuh Islam oleh Pas,malah pemimpinnya pula berfahaman liberal ,pluralissma dan pengamal LGBT.Dalam Islam ,orang kafir tidak di hukum pancung ,tapi sebaliknya kalau orang Islam yg murtad mereka dikenakan hukum pancung,jika tidak mahu kembali kepada Islam.
BalasPadamMemang haram bekerjasama dengan DAP. Itu parti memang anti islam
BalasPadam