Pemuda PAS mengesyorkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya menikmati hari-hari terakhirnya sebagai manusia yang bebas sebaik mungkin.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Guan Eng sepatutnya bimbang jika lebih ramai bergembira berbanding bersimpati jika beliau dipenjarakan kerana sering memfitnah PAS.
“Saya syorkan kepada Lim Guan Eng nikmatilah hari-hari terakhir sebagai seorang manusia yang bebas dengan sebaik mungkin.
“Bimbang nanti jika anda ‘ke dalam’ untuk kali kedua, lebih ramai yang bergembira daripada yang bersimpati dengan nasib tuan,” sindirnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sedang berhadapan dengan tuduhan kes rasuah dan salah guna kuasa selaku Ketua Menteri Pulau Pinang di mahkamah.
Ahmad Fadhli berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan Guan Eng bahawa Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis berikutan ditadbir oleh PAS.
Beliau berkata, dakwaan Guan Eng itu sebenarnya bertujuan mengalih tumpuan masyarkat daripada kontroversi campur tangan terhadap fatwa yang berlaku di Pulau Pinang.
“Dalam usaha mengalih perhatian tersebut, Guan Eng menyerang Kelantan. Barangkali pada tanggapannya, dengan menjadikan Kelantan sebagai sasaran, seluruh perhatian ke Pulau Pinang ekoran keceluparannya sendiri akan terhenti seketika.
“Namun, meletakkan Kelantan sebagai sasaran hanya akan menjadikan Guan Eng sebagai bahan ketawa,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.