Khamis, Februari 09, 2017

Kalau nak diikutkan kata mudahnya, selama hari ini diorang ni hidup dalam hubungan Sumbang tanpa sebarang ikatan yang sah. Ibarat macam orang yang berkahwin, tapi tak pernah ada akad.

Itulah gambaran yang jelas dapat diberikan kepada hubungan diantara PKR dan PAS sepertimana yang telah dinyatakan oleh Setiausaha Agung PKR dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, PKR tidak boleh memberi sebarang reaksi terhadap pelawaan Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah itu kerana belum ada keputusan muktamad pihak PAS.
“Kita tak tahu sama ada pelawaan dibuat oleh Mohd Amar itu adalah keputusan sebulat suara hasil perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, Majlis Syura Ulamak atau sebagainya.
“Pas adalah parti yang ada susur galur berlapis-lapis. Dalam pelawaan itu, beliau tidak nyatakan sama ada telah dibincangkan bersama Lajnah Politik, Jawatankuasa Pusat atau dalam Majlis Syura,” katanya.
Kelmarin, Mohd Amar mempelawa PKR dan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan untuk menyertai blok ketiga bagi menguatkan blok pembangkang dan menumbangkan BN pada PRU14 tanpa sekutunya DAP dan Amanah.

Saifuddin berkata, semua perkara itu penting kerana berdasarkan pengalaman mesyuarat antara Pas dan Bersatu baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ia sebagai pertemuan biasa sahaja.
“Saya ambil pengalaman itu, dan kenyataan Mohd Amar adalah pelawaan tidak pasti. Mohd Amar adalah orang yang membuat pelawaan sahaja, tetapi tidak membawa mandat, atau kata putus.
“Ia seperti yang berlaku dalam rundingan melibatkan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Delegasi kedua-dua parti minggu lepas berakhir dengan kenyataan Tuan Ibrahim bahawa beliau cuma juru runding sahaja,” katanya.
Sebaliknya Saifuddin berkata, kedudukan PKR dalam Pakatan adalah rakan yang sah kepada PAN dan DAPigs, tetapi pada masa sama PKR satu-satunya parti yang masih terbuka untuk menjalin kerjasama dengan Pas.
“Kami mempunyai dokumen bertulis yang mengikat kesetiaan dan komitmen PKR dengan Amanah dan DAP. Itu kedudukan membezakan antara hubungan dan ikatan PKR dengan Pas.
“PKR dengan Pas setakat ini, tidak ada sebarang perjanjian bertulis dan apa-apa dokumen. Ia sekadar satu persefahaman sahaja,” katanya.
Dengan erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Saifuddin tu membuktikan bahawa selama hari ini PKR memang telah mempergunakan PAS untuk Balaci semata - mata. Bukannya diorang menyokong dasar perjuangan PAS pun!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping