Ahad, Februari 12, 2017

Alahai!!! Apa la yang susah sangat ni gamaknya ya. Buat apa yang dikecohkan sangat bila Si Menteri Besar Selangor tu mendakwa kononnya ada Menteri Kanan nak letak jawatan sebab isu 1MDB.

Yang ramai sangat kecoh cerita pasal pendedahan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu pasal apa? Dah tau sangat dah yang Si Menteri Besar Selangor tu seorang yang Gila Glamour.

Dia ni jenis manusia yang ketagih nak mencari Publisiti Murahan. Maka sebab itulah dia suka buat cerita yang bukan - bukan untuk menarik perhatian dan menutup kemaluan Pakatan Haprak tu.

Isunya sekarang, dia mendakwa ada Menteri Kanan nak letak jawatan. Tapi, dia tak berani nak dedahkan siapa Menteri yang dimaksudkan. Kat situ je dah nampak sangat yang Si Menteri Besar Selangor tu menipu.

Jadi, buat apa yang nak dilayan sangat dengan penipuan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu? Dah terang - terangan yang dia sengaja je nak mencetuskan kontroversi tak tentu arah.

Lagi pun, ini bukan kali pertama dikalangan pemimpin PKR tu mencipta dakwaan sedemikian. Hakikatnya, setiap kali diorang buat spekulasi seperti itu, semuanya takde bukti belaka.

Yang keduanya, kalau betul pun ada Menteri Kanan yang nak letak jawatan sebab skandal 1MDB, suruh je dia letak jawatan tu. Buat apa pulak dia nak sampai menyampai kepada orang lain?

Takde maruah sangat ke Menteri Kanan tu? Atau dia memang takde keberanian untuk mengambil tindakan sedemikian? Kot kalau dia yakin sangat skandal 1MDB tu wujud, letak je la jawatan. Jangan la dia nak jadi PONDAN macam Si Menteri Besar Selangor tu pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. woi..woi mb..buat kerja kau dari nak menyibuk tak pasal2..premis2 judi haram dah selesai ke..dan masalah2 lain yg berlambak2..apa ke jenis pemimpin ni..elok kau letak jawatan..adun2 dap tu dah tinggal parti sebab menyampah sikap org macam kau..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping