Khamis, Februari 23, 2017

Heh! Tak heran la bila pemimpin dikalangan puak PKR tu hanya mampu mendiamkan diri apabila skandal penyelewengan pemimpin parti mereka didedahkan kepada umum baru - baru ini.

Malah, ada dikalangan pemimpin parti itu dilihat mula meroyan tak tentu arah apabila soalan mengenai pendedahan yang dibuat itu diajukan kepada mereka oleh pihak media sebelum ini.

Rupanya, kes berkaitan dengan kekayaan luar biasa yang dimiliki kroni - kroni mereka masih belum selesai. Bahkan siasatan berkaitan dengan kes itu masih berlarutan sehingga ke hari ini.

Terbaru, pihak SPRM memanggil semula Ketua AMK Ampang yang menjadi Anak Ikan Si Mak Lampir tu bagi meneruskan siasatan berhubung hasil kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Katanya, Anak Ikan Si Mak Lampir tu diarahkan oleh pihak SPRM untuk menyerahkan dokumen sokongan berkaitan dengan hasil kekayaan luar biasa yang didedahkan sebelum ini.
“SPRM panggil saya untuk tunjuk dokumen sokongan dan saya dah bagi dokumen itu, saya terangkan secara terperinci. Saya ucap terima kasih pada SPRM, soalan yang diberikan juga profesional dan tak kaitkan selain dari itu.
“Saya harap maklumat yang saya berikan ini memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM untuk jalankan tugas dan sekali lagi saya tabik pada SPRM, sekali dia dapat laporan dia terus buat, buktinya dia panggil kali kedua untuk dapatkan maklumat lebih sahih,” katanya.
Tapi yang herannya, kenapa pemimpin dikalangan puak PKR tu menggelupor tak tentu arah macam orang hilang akal jika mereka yakin anak - anak buah mereka tidak melanggar undang - undang?

Kalau diorang pasti anak - anak buah diorang tu memiliki hasil kekayaan melalui jalan yang betul, kenapa diorang takut nak suruh anak - anak buah diorang tu mengisytiharkan harta secara terbuka?

Sebaliknya, tindakan mereka yang enggan mengulas pendedahan yang dibuat oleh Si Chagubard itu menyebabkan rakyat mula tertanya - tanya, adakah mereka cuba melindungi sesuatu?


Pokok pangkalnya, pemimpin PKR yang selama hari ini cuba berlagak 'Maksum' dan 'Suci' dimata rakyat hanya sekadar bermain 'Wayang' dengan menyembunyikan perkara sebenar. Mungkin sebab itu diorang takut nak memberikan ulasan ataupun bukak mulut!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping