Khamis, Februari 23, 2017

Alahai!!! Pandai la Si Husam ni mencari alasan demi untuk menutup kemaluan dia yang sudah terdedah sebelum ini. Bukan main cepat dia melabelkan pemimpin Rejim PAS Kelantan tak gentleman.

Habis, Si Husam tu ingat, dia gentleman sangat ke sehingga terpaksa mencipta pelbagai alasan hanya semata - mata untuk mengelakkan diri dari berdebat dengan pemimpin PAS secara terbuka?

Walhal, yang buat cabaran untuk berdebat tu bukannya orang lain. Dia juga yang hantar surat mencabar pemimpin PAS berdebat secara terang - terangan berhubung isu lafaz Bai'ah sebelum ini.

Tapi bila cabaran debat itu disambut dengan tangan terbuka oleh pemimpin PAS, dia juga yang memberikan alasan kononnya dia nak hukum berkaitan lafaz sumpah Bai'ah itu dirujuk kepada Ulama Antarabangsa.

Alasan Husam, perkara itu perlu dilakukan bagi mendapatkan fatwa yang berkaitan lafaz Bai'ah itu terlebih dahulu sebelum majlis debat diantara dia dengan pemimpin PAS itu dilaksanakan.

Malah, Si Husam tu telah menghantar satu surat makluman kepada pemimpin PAS berkenaan bagi mendapatkan pengesahan selepas lafaz sumpah Bai'ah itu diterjemahkan kepada bahasa Arab.


Bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh Si Husam itu hanya sekadar satu helah untuk melarikan diri dari menyahut cabaran debat secara terbuka yang telah dikemukakannya sendiri.

Dan disebabkan alasan - alasan bertaraf Longkang yang diberikan oleh Si Husam itu membuatkan pemimpin PAS Kelantan naik muak lalu menyebabkan mereka mengadakan ceramah baru - baru ini.

Tapi, dek kerana Si Husam tu takut kemaluan dia semakin terdedah menyebabkan dia hadir tanpa diundang ke sesi ceramah tersebut dan mendakwa kononnya dia berani tampil secara terbuka.
"Jangkaan saya akan diberi berucap sepatah dua meleset. Untuk makluman Meranti (Nasaruddin) saya masih bersedia berdebat bila-bila masa dengan beliau," katanya dalam kenyataannya menerusi Facebook, malam tadi.
Yang hairannya, Si Husam tu tak nak pulak menjelaskan kenapa sehingga ke hari ini dia masih GAGAL menetapkan tarikh untuk mengadakan Debat Bai'ah dengan pemimpin PAS. Sepatutnya, dia yang mencabar orang, maka dia la yang perlu menetapkan tarikh. Bukannya beri alasan yang bukan - bukan!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Cari publisiti murahan nak tutup kelemahan diri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping