Khamis, Februari 16, 2017

Hahaha!!! Nampak sangat yang Si Rafizi ni dah mula kecut buah kerandut apabila dia mula menyerang Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang telah lama ditubuhkan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi itu memperlihatkan betapa takutnya dia dengan kewujudan JASA sehingga membuatkan dia mula menyebarkan pembohongan terhadap institusi tersebut.

Antara lain, Si Rafizi tu mendakwa kewujudan JASA hanya sekadar menghabiskan duit peruntukan Kerajaan namun tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat secara menyeluruh.

Jika sebelum ini, ada pihak yang tampil mempertikaikan tindakan Si Rafizi itu dan mula mempersoalkan apa sumbangan yang telah dia berikan sebagai Ahli Parlimen sejak Pilihan Raya Umum yang lalu.

Namun hakikatnya, tindakan Si Rafizi itu membuktikan bahawa JASA mempunyai pengaruh yang cukup kuat sehingga menyebabkan bekas Pengarah Strategik PKR itu menggelupor tak tentu arah.

Sekiranya dilihat dari satu sudut, apa yang dilakukan oleh Si Rafizi itu secara tidak lansung memberi pengiktirafan kepada khidmat bakti yang telah diberikan oleh JASA selama hari ini.

Realitinya, kewujudan JASA selama hari ini hanya menjadi sebahagian daripada mekanisme untuk menyebarkan dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat secara umum.

Malah JASA juga sering kali tampil menjalankan aktiviti kebajikan masyarakat serta menghulurkan bantuan kepada rakyat disamping mengumpul maklumat berkaitan dengan isu - isu semasa.

Peranan JASA boleh dilihat dengan jelas apabila institusi itu banyak membantu rakyat menyelesaikan masalah - masalah setempat dengan menyalurkan isu - isu yang dibangkitkan kepada agensi - agensi berkenaan.

Maka secara kesimpulannya, tindakan Si Rafizi tu menyerang JASA dan menyebarkan dakwaan terhadap institusi itu hanya sekadar helah untuk menutup kelemahan puak Pakatan Haprak tu sahaja.

Pokok pangkalnya, Pakatan pada ketika ini sedang dilanda krisis kepimpinan yang cukup kronik apabila gabungan itu mula bertelagah sesama sendiri sehingga menyebabkan ada yang mengambil tindakan meninggalkan parti secara terbuka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping