Heh! Nampak gayanya, Si Guan Eng ni dah semakin hilang kemaluan apabila empat orang pemimpin kanan DAPigs Melaka mengambil tindakan meninggalkan parti itu baru - baru ini.
Mungkin dek kerana nak 'cover' kemaluan dia yang dah semakin terdedah itu membuatkan Si Guan Eng ni berikrar mahu merampas semula kawasan yang dimenangi oleh pemimpin - pemimpin tersebut.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Si Guan Eng tu bertekad menyusun strategi dan akan menubuhkan jawatankuasa kecil dikawasan yang terlibat sebelum Pilihan Raya Umum yang akan datang.
"Walaupun mereka telah keluar parti, tetapi pemimpin-pemimpin pusat tetap memberi semangat dan membantu merampas semula kerusi-kerusi yang ditinggalkan mereka," kata Guan Eng seperti yang dilaporkan dalam Sin Chew Jit Poh.
Disamping itu juga, Setiausaha DAPigs yang masih enggan mengakui kelemahan partinya mendakwa, dia cukup kesal kerana telah ditipu oleh pemimpin - pemimpin DAPigs yang terlibat.
Malah, bagi menagih sokongan simpati dari kalangan ahli diperingkat akar umbi, Si Guan Eng mendakwa yang dia sedia menerima tanggungjawab atas tindakan yang diambil oleh keempat-empat wakil rakyat itu.
"Saya mengakui saya telah ditipu oleh Tong Him. Saya sedia mohon maaf kepada semua ahli DAP dan pengundi Melaka. Saya sendiri masih meragui tujuan sebenar mereka keluar parti. Mereka kata telah hilang keyakinan terhadap DAP, namun tidak pernah memberitahu perasaan tidak puas hati terhadap pemimpin-pemimpin DAP yang lain," kata Guan Eng lagi.
Namun, apa yang jelas, tindakan Si Guan Eng tu menyatakan perkara tersebut hanya membuktikan bahawa kepimpinan partinya masih tidak bersedia untuk meraikan pelbagai pendapat dikalangan ahli.
Bayangkan jika sesama ahli serta pemimpin parti itu sendiri pun DAPigs tidak mengendahkan Hak Kebebasan Bersuara mereka, bagaimana pula dengan rakyat yang berada dibawah?
Maka tidak salah sekiranya ada pihak yang berpendapat, DAPigs kini bukan sahaja mengamalkan sikap yang tidak demokratik dengan menghalang Hak Kebebasan Bersuara, malah parti itu juga turut melaksanakan dasar "Kuku Besi" dan mahu semua orang patuh cakap dia je!!!
Standard komunis kannnn
BalasPadam