Jumaat, Februari 10, 2017

Husam Musa tampil mempertahankan apa yang diucapkan dalam ceramah di Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu bahawa Affin Bank telah digunakan untuk penyaluran dana kepada PAS. 

Sehubungan itu, dia tampak yakin sekiranya tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu yang dibangkitkan, kata Husam dalam satu kenyataannya hari ini. 

Bagi Husam, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS yang mahu mengambil tindakan dan memfailkan saman terhadap dirinya ekoran kenyataan itu dibuat tanpa sebarang penelitian. 
"Saya berpendapat, kenyataan Datuk Timbalan Presiden Pas adalah tanpa penelitian, serta mungkin beliau tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit," katanya. 
Husam juga berkata, dia tidak dapat memastikan sama ada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS itu hanya bersifat peribadi atau ianya merupakan satu pendirian rasmi mewakili PAS. 

Sebelum ini, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa PAS menerima dana RM90 juta dari Umno dan ia dibuat melalui Affin Bank sebagaimana didakwa Husam. 

Malah, dia juga turut menyifatkan tuduhan Husam itu sebagai satu tindakan yang sengaja dilakukan dengan niat jahat dan mahu mengambil tindakan undang - undang ke atas penasihat PAN Kelantan itu. 

Dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan yang disiarkan semalam, Timbalan Presiden PAS menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai "sambungan rantaian fitnah" yang pernah dibuat oleh Sarawak Report. 
"Pihak guaman PAS diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat ini dan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat," kenyataan ringkas itu dipetik. 

Ogos tahun lalu (2016) Sarawak Report telah mendakwa, PAS menerima dana sebanyak RM90 juta dari UMNO. Ekoran itu, PAS berkata, pihaknya akan menyaman laman berita yang berpangkalan di London itu. 
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. parti kuali pula guna duit sendiri. mat sabu sanggup gadaikan seluar dalamnya nak tubuhkan parti kuali. husam pula jual kambing jannapuri yang diternaknya.

    BalasPadam
  2. Penabur fitnah rela disaman asalkan fitnahnya diterima.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping