Pengerusi PPBM, Tun Mahathir hari ini membidas cadangan yang dibuat Naib Presiden PAS yang mendesak agar PKR dan PPBM keluar daripada Pakatan dan menyertai Gagasan Sejahtera (GS).
Ujarnya cadangan sebegitulah yang akan meretakkan hubungan antara pembangkang dan membawa kepada kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Tidak bermakna itu syarat kalau dia (PAS) kata dia katalah, kita nak kata kita punya syarat pula. Itu mungkin pembangkang kalah, bila pembangkang berpecah, pembangkang kalah kalau PPBM kita menang," katanya yang ditemui selepas menghadiri sidang media penyertaan Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP, pagi tadi.
Mohd Amar sebelum ini berkata kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda sekiranya PKR dan PPBM meninggalkan PH dan menyertai blok ketiga yang ditunjangi PAS bersama IKATAN dan BERJASA.
Kata Mohd Amar, sekiranya kerjasama itu menjadi kenyataan, peluang bagi pembangkang mahu menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Uumum yang akan datang juga lebih terbuka.
Cadangan Mohd Amar itu turut dipersetujui Timbalan Presiden PAS, yang menganggap cadangan itu sebagai satu idea yang bagus untuk mendapatkan sokongan dikalangan orang Melayu.
"Kalau orang Melayu lihat bahawa mereka didokongi atau didominasi oleh DAP dalam PH, tak mungkin orang Melayu beri undi kepada blok pembangkang...sebab itu Datuk Amar cadang kalau boleh PKR, Bersatu (PPBM) sertai Gagasan, ia bentuk satu gelombang besar," jelasnya.[BACA SETERUSNYA: PAK BERAHIM "MENGANJING" KATA PKR-PPBM KELUAR PAKATAN BAGUS!!!]
Bagaimanapun cadangan tersebut disifatkan oleh puak parti PAN sebagai punca perpecahan dalam kalangan parti pembangkang yang kerap kali mencanang mereka sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya sebelum ini.
kepala hotak hang Mahathir hang suruh orang sokong hang masa jadi perdana menteri sekarang hang dok semeja dengan pembangkang dap apa hang fikir sendiwara hang dok fitnah sana sini orang bolih terimaka,hanglah betul kepala segala bapa firaun,bagi mereka2 yang berpolitik terutama umno dan pas jangan sekali2 terpedaya dengan apa2 cadangan dari mat tahir tu.dia mempunyai banyak idea2 yang berbelit.
BalasPadam