Jumaat, Mac 31, 2017

Heh! Nampak gayanya, puak - puak PAN ni masih ada hati nak menghasut ahli PAS dan menggugat keyakinan mereka terhadap parti tersebut. Maka sebab itu diorang tampil mempersoalkan hubungan PAS dengan PKR.

Jika sebelum ini, dah ramai PAS Kawasan yang menyatakan hasrat melalui Usul yang dibentangkan dalam mesyuarat tahunan agar kepimpinan PAS Pusat memutuskan hubungan Politik dengan PKR.

Tapi pokok persoalannya, adakah kepimpinan PAS Pusat mempunyai keberanian yang mencukupi untuk mengambil perhatian terhadap desakan yang dinyatakan oleh ahli diperingkat akar umbi tu?

Persoalan berkaitan dengan perkara tersebut kini mula menjadi satu tanda tanya yang cukup besar dikalangan ahli parti serta rakyat secara keseluruhannya. Berani ke PAS nak ambik tindakan?

Hakikatnya, pendirian PAS yang sejak kebelakangan ini sering berubah - ubah itu sendiri yang menyebabkan isu berkaitan dengan perkara tersebut mula menjadi persoalan yang hangat diperkatakan.

Malah, persoalan itu juga kini menjadi senjata puak PAN untuk menyerang kepimpinan PAS tu secara terbuka dengan membuat dakwaan demi untuk memburukkan pemimpin parti itu.

Tampil membangkitkan dakwaan terhadap isu tersebut adalah salah seorang wakil dari kalangan pemimpin PAN, Suhaizan Kayat yang dulunya pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS.

Katanya, kepimpinan PAS tidak akan mampu untuk memutuskan hubungan Politik dengan PKR dan memberikan bayang seolah - olah keputusan berkaitan isu tersebut tidak akan tercapai.
"Isu utama adalah kuasa di Selangor. Hidup dalam keadaan ada kuasa. Dapat pelbagai kemudahan. Gaji puluhan ribu. Tiba-tiba nak putus. Hampir mustahil Pas nak putuskan hubungan dengan PKR," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam erti kata lainnya, Si Suhaizan Kayat tu cuba memberikan gambaran bahawa PAS ni merupakan sebuah parti yang lebih mengutamakan kedudukan dan jawatan serta habuan yang lumayan. Maka sebab itu keputusan mengenai isu tersebut tidak akan dapat dicapai!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping