Huh! Sudah - sudah la Si Menteri Besar Selangor ni nak main wayang dia dengan pihak media. Nampak sangat semakin hari semakin kuat Politik Longkang yang menjadi amalan Si Azmin Ali ni.
Setakat nak mengapi - apikan isu berkaitan dengan RUU 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS tu, rasanya baik tak payah la. Buat mengabihkan masa je Si Azmin ni buat kenyataan media.
Tapi disebabkan puak Pakatan Haprak tu sekarang ni sedang dalam keadaan terdesak kerana PAS masih lagi enggan menyertai gabungan tersebut membuatkan Si Azmin ni terpaksa bermain wayang.
Kata Si Azmin Ali tu, Barisan Nasional tak pernah serius mahu membentangkan usul berkaitan dengan pindaan RUU 355 yang telah dibawa sendiri oleh Presiden PAS itu sebelum ini.
"Sepatutnya cadangan seperti ini mesti dibincangkan terlebih dahulu, jangan terlalu tergesa-gesa atas kepentingan politik sehingga memalukan agama Islam itu sendiri.
"Ternyata mereka bukan bersungguh sungguh untuk bawa RUU ini, mereka hanya ingin melihat Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH) berpecah, dari segi itu, mungkin mereka telah berjaya," katanya kepada pemberita di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.
Kot kalau BN bentang sekali pun RUU 355 tu, PKR tetap tidak akan menyokong cadangan pindaan tersebut sepertimana yang telah mereka lakukan sejak ianya mula dikemukakan oleh Presiden PAS tu.
Sebaliknya, kepimpinan parti yang diwakili oleh Azmin hanya sekadar bermain wayang dengan PAS dan menyatakan KONONnya diorang tunggu PAS bentangkan pindaan tersebut didalam Parlimen.
Sampai hari ini, PKR masih enggan menyatakan sokongan mereka secara terbuka terhadap cadangan pindaan tersebut walaupun parti itu tetap mahu mewujudkan kerjasama Politik dengan PAS.
Dalam erti kata lainnya, yang mula - mula menjadikan isu berkaitan dengan RUU 355 itu sebagai bahan Politik dan memalukan agama Islam tu pun bukannya orang lain. Tapi PKR juga.
Maka sebab itu kepimpinan parti yang diwakili oleh Azmin Ali tu sering kali tampil memberikan alasan yang bukan - bukan hanya kerana mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.
Jadi, tak payah la Si Azmin Ali tu nak berlagak macam dia tu "MAKSUM" sangat. Kot selama ini pun, dia sendiri tak pernah menyokong cadangan pindaan tersebut sewaktu ianya dibentangkan oleh Presiden PAS. Nampak sangat yang dia sendiri pun tak serius dengan PAS!!!
Azmin dan keluarga dia ni jenis manusia macam mane yer ? tak tau samada nak kutuk ke dan lebih tak rela nak puji bila tengok perangai dia, perangai azwan dan si umi hafilda
BalasPadam