Heh! Inilah masalahnya bila dapat Ahli Parlimen yang mentaliti dia hanya sekadar nak mencari keuntungan untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri je kerjanya.
Bila orang lain bagi nasihat atau pun pandangan, satu haram pun dia tak nak terima. Bagi dia, hanya pemikiran dia je yang perlu diberikan keutamaan. Itu pasal la Pakatan Haprak tu kalah.
Jika sebelum ini, ada cadangan yang diberikan oleh pemimpin PPBM yang mendesak Pakatan mengikut formulasi Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Cadangan yang dibuat oleh kepimpinan PPBM tu hanya sekadar satu contoh untuk memastikan Pakatan Haprak tu berjaya menambat hati serta meraih sokongan dari kalangan rakyat.
Tapi dek kerana pemikiran pemimpin Pakatan Haprak tu terlampau kolot, maka cadangan yang diberikan itu ditolak mentah - mentah tanpa sebarang penjelasan diminta dari pihak yang mencadangkannya.
Bayangkan la. Sedangkan diantara diorang sendiri pun masih lagi berbalah pendapat dan ada yang tak dapat terima cadangan orang lain. Inikan pulak rakyat biasa yang takde kaitan dengan diorang. Lagi la diorang tak peduli.
Itu menunjukkan pemimpin Pakatan Haprak ni semuanya jenis manusia yang SOMBONG belaka. Cadangan orang lain hanya dianggap sebagai SAMPAH. Cakap dia je yang dia nak orang lain terima.
Nak pulak bagi pemimpin macam Si Mak Lampir ni. Lagi la payah dia nak dengar cakap orang lain. Bagi dia, cadangan yang dikemukakan itu tidak sesuai dengan polisi yang digunakan oleh Pakatan.
"Kita daripada pembangkang ini ada kita punya corak ataupun acuan kita tersendiri dan kita berlandaskan prinsip demokrasi, bebas bersuara, berani untuk bersuara.
"(Dr Mahathir) daripada latarbelakang politik (kesatuan) jadi daripada kerajaan cara untuk mentadbir, mengawal, beri arahan, buat keputusan (adalah) berlainan dengan kami pihak pembangkang," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh Si Mak Lampir itu bukan sahaja memberikan bayangan bahawa dia masih lagi berfikiran kolot. Bahkan dia cuba memperlekehkan cadangan orang lain.
Soalnya sekarang, polisi yang diguna - pakai dalam Pakatan Haprak tu bukannya ayat suci Al-Qur'an yang tak boleh nak diubah atau dipinda oleh mereka sendiri untuk menyesuaikan keadaan.
Orang bagi cadangan tu untuk memastikan yang puak Pakatan Haprak tu dapat bersaing dengan Barisan Nasional. Tapi kenyataan Si Mak Lampir ni seolah - olah puak Pakatan Haprak tu nak terus kekal menjadi pembangkang seumur hidup!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.