Khamis, Mac 09, 2017

Dek kerana nak sangat tunjuk yang dia cerdik, akhirnya Presiden parti Ternakan DAPigs ni disindir oleh pemimpin PAS ekoran saranan yang dibuat kepada pihak Kerajaan sebelum ini.

Jika semalam, Si Mat Sabu tu mendesak agar pihak Kerajaan Malaysia meminta campur tangan asing bagi menyelesaikan konflik yang sedang melanda Negara dengan Korea Utara.

Namun, Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad menolak saranan campur tangan kuasa asing di dalam krisis antara Malaysia dengan Korea Utara yang sedang berlaku ketika ini seperti yang dicadangkan oleh Mat Sabu.

Ketika membahaskan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong  Sultan Muhammad V, beliau bekata, jika berlaku campur tangan kuasa asing di dalam isu ini negara ini akan menjadi 'padang jarak padang tekukur' sebagaimana berlaku ke atas Libya dan Iraq.

"Rakyat Malaysia adalah kepentingan negara dan mengatasi segalanya. Kita tidak mahu campur tangan asing ambil alih pergaduhan dengan Korea Utara. Biar kita selesaikan sendiri," katanya di Dewan Rakyat petang ini.

Tegasnya, kepentingan Malaysia wajar dilindungi secara madani di peringkat global melalui OIC atau NAM tanpa bermusuh dengan sesiapa apatah lagi Malaysia tidak berpihak kepada sesiapapun.

Idris turut menyentuh soal hubungan Malaysia dengan China dan menasihatkan agar Malaysia melihat sebaiknya hubungan geopolitik antara Amerika dengan China selepas Donald Trump menjadi Presiden Amerika.

"US tarik diri daripada TPPA selepas Trump ambil alih, kita ubah alih untuk serah projek yang banyak dikendalikan oleh tanah besar China. China agresif, US campuri urusan ketenteraan Malaysia pula jadi serba salah kerana melibatkan tuntutan terhadap Pulau Spratly," tambahnya.

Hubungan Malaysia dengan Korea Utara dilihat semakin tegang apabila negara itu menghalang 11 rakyat negara ini keluar dari negara itu.

Keadaan ini berlaku ekoran kenyataan keras duta Korea ke Malaysia yang membidas pihak berkuasa negara ini membuat pendirian bercanggah berhubung penyiasatan Kim Jong Nam serta tidak mempercayai siasatan polis Malaysia.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping