Khamis, Mac 09, 2017

DAP akan terus menghentam MCA dan menjadikan parti itu sebagai kambing hitam untuk mengaburi mata rakyat bersabit pendirian mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Akta 355).

Timbalan Presidennya, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, penasihat DAP, Lim Kit Siang sengaja mengalihkan perhatian pengundi terhadap MCA kerana tidak berani menyatakan pendirian sebenar mereka.
"Kenapa nak sangat bantai MCA? Kenapa pendirian kamu tak diperjelaskan kepada masyarakat Melayu. Terus teranglah kalau tak ada persefahaman antara Pakatan (Harapan). Biar jujur, jangan cari dan  bantai MCA. Guna taktik untuk mengaburi mata rakyat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat sebentar tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Kit Siang yang meminta menteri kabinet dari parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan Gerakan menyatakan pendirian sama ada mahu meletakkan jawatan sekiranya RUU 355 itu diluluskan parlimen.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah terdahulu berkata, empat orang pemimpin kanan parti komponen BN itu perlu menunaikan janji mereka untuk meletakkan jawatan sebagai menteri sekiranya kerajaan membenarkan RUU 355 dibahas ke dalam Parlimen.

Usul RUU bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) telah tersenarai sebagai perkara ketujuh dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat kali ini.

Pada November lalu Hadi membawa usul untuk meminda akta berkenaan yang turut dikenali sebagai Akta 355 dengan mencadangkan agar had hukuman kesalahan di mahkamah syariah dinaikkan menjadi 30 tahun penjara, denda M100,000 dan maksimun 100 kali sebatan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping