Sabtu, Mac 11, 2017

Huh! Herankan. Kenapa agaknya bekas Perdana Menteri ni tak nak terima cadangan yang telah dibuat oleh DAPigs yang telah mencalonkan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Pakatan?

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Tun Mahathir secara terbuka mempersoalkan cadangan DAPigs yang mahu melantik Presiden PKR itu sebagai PM jika Pakatan menang PRU akan datang.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, sebagai salah satu parti dalam satu gabungan dikalangan pembangkang, DAPigs tidak hanya mempunyai hak untuk membuat pencalonan.
“Bukan DAP sahaja yang boleh tentukan siapa (jadi perdana menteri). Kalau dia (DAP) dalam gabungan parti lawan, parti lain pun ada hak untuk suarakan pendapat mereka,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
“Kita tak tolak apa dicadangkan DAP. Keputusan satu sahaja anggota gabungan dalam parti lawan tak memadai,” katanya kepada wartawan di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Semalam, Ahli Parlimen DAPigs berkata Wan Azizah, yang juga isteri Si Ketua Penipu tu boleh menjadi Perdana Menteri wanita pertama jika Pakatan Harapan menang pilihan raya akan datang.

Wakil DAPigs itu berkata demikian selepas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengimpikan kemungkinan seorang Perdana Menteri wanita di Malaysia menjelang 2050, selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
“Kita bersedia menyokong Permatang Pauh (Wan Azizah) sebagai perdana menteri jika diberikan mandat. Tidak perlu tunggu 2050,” kata Loke ketika membahaskan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat.
Pokok pangkalnya, kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu seolah - olah seperti dia tidak mahu Wan Azizah menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang sekalipun.

Maka persoalannya, adakah bekas Perdana Menteri itu sudah serik dan masih rasa berdosa kerana telah memecat suami kepada Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini?

ATAU, adakah Tun Mahathir memang tidak suka dengan Wan Azizah dan turut menganggap Presiden PKR tu sama macam 'Tunggul Kayu' yang tidak memainkan peranan dalam Pakatan?

ATAU, mungkin juga bekas Perdana Menteri Malaysia itu cuba nak memberikan gambaran seolah - olah bukan DAPigs yang berkuasa dalam Pakatan sedangkan hakikatnya, parti Ultra Chauvanist itu yang menjadi 'Abang Besar' dikalangan gabungan parti pembangkang tu!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. tun m nak Tunggul Taik jdi pm.

    BalasPadam
  2. Masing2 ada agenda nak jdi pm. Agaknya percakaran besar akan berlaku.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping