Khamis, Mac 30, 2017

Pantang diusik sedikit pasti ramai yang akan melenting. Kemudian, mula la diorang meroyan. Itu yang berlaku pada Parti Amanah Negara (PAN) dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Semuanya bermula apabila Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad yang mengumumkan PAN berhasrat untuk bertanding di 40 kerusi Parlimen yang dilihat mempunyai potensi untuk menang. 

Jumlah 40 kerusi Parlimen yang dimaksudkan oleh Si Khalid Samad itu termasuklah kerusi yang turut dimiliki oleh PAS dan yang sedang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada ketika ini.

Akibat daripada yang dikeluarkan itu, kepimpinan PAS mula membuat dakwaan dan menggelarkan PAN sebagai golongan 'Pencuri' mahu mencuri kerusi daripada sekutu sendiri.

Ini kerana hasrat PAN yang mahu bertanding atas kerusi PKR. Perkara tersebut digambarkan PAS sebagai mencuri kerusi parti pakatan sendiri. Dari situ, mulalah adegan kutuk mengutuk di antara mereka.

Malah Si Khalid Samad tu mula tampil membalas pertuduhan yang telah dibuat oleh PAS yang mendakwa PAN sebagai golongan Pencuri yang mahu merampas kerusi dari sekutu sendiri.
"Perkataan ‘mencuri’ hanya sesuai ditujukan kepada parti Islam itu sahaja, kerana PAS pernah mempunyai sejarah mencuri kerusi Parlimen di Kota Damansara pada PRU13 lalu," ujarnya dalam satu kenyataan.
Pada ketika itu, Khalid mendakwa PAS telah melanggar keputusan yang telah dibuat bersama dan mencuri kerusi PKR. Berbeza dengan PAN yang hanya baru membuat cadangan.

Tambahnya, PAS kini tidak perlu terlalu risaukan mengenai perbalahan diantara PAN dengan PKR. Malah berhubung kerusi mereka dengan DAPigs dan PPBM juga akan sentiasa perberbincangkan.

Dalam erti kata lainnya, Si Khalid Samad tu cuba memberikan gambaran seolah - olah parti yang telah ditinggalkan sebelum ini bukan la sebuah parti yang baik. Sebaliknya, PAS merupakan sebuah parti yang suka mengkhianati rakan Tahaluf Siyasi mereka sendiri!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Khalid Samad ni setakat cakap pandai je.... kalau buat kerja habuk pun tak de. Ini manusia jenis tunjuk pandai.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping