Khamis, Mac 30, 2017

Heh! Nampak gayanya, penyakit kronik yang selama ini dialami oleh DAPigs kini dah mula berjangkit pada PKR pulak. Malah keadaan PKR pada ketika ini seolah - olah macam kena sampuk setan.

Mungkin setan yang selama ini duduk dalam DAPigs tu kot yang menghantui PKR sehingga menyebabkan kepimpinan parti itu kian 'JIJIK' dengan pelbagai kerenah pemimpin - pemimpin PAS.

Satu pendedahan menyatakan bahawa Majlis Pimpinan PKR Selangor ada membuat dakwaan pimpinan tertinggi PAS yang kononnya menjadi punca utama wujudnya krisis antara kedua - dua parti itu.

Setiausahanya berkata, disebabkan provokasi dan isu - isu yang ditimbulkan oleh Hadi Awang, Nik Abduh dan ahli jawatankuasa PAS seperti Dr Zuhdi Marzuki menyebabkan Si Azmin tu memberikan respons.
"Disebabkan provokasi dan isu-isu yang ditimbulkan oleh para Pimpinan Paslah maka Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor telah memberikan respon segera dan agak kritis bagi menyangkal serangan dan tohmahan yang dibangkitkan oleh pimpinan Pas ini sehingga menimbulkan ketegangan dan situasi kurang sihat antara kedua belah pihak," katanya dalam kenyataan.
Namun katanya, terserah kepada PAS sama ada ingin bersama Pakatan atau tidak, tetapi hubungan baik dengan PKR di Selangor harus dipelihara demi menjaga kepentingan Politik parti mereka.

Bahkan, PKR juga turut menegaskan bahawa keadaan yang sedang berlaku pada ketika ini bukan hanya sekadar mengurangkan sokongan rakyat. Malah membuatkan ahli mereka sendiri terkeliru.

Justeru Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor itu menggesa agar perang mulut antara PAS dan partinya itu dapat dihentikan segera sebelum ianya terus melarat dan menjadi buah mulut rakyat.
"Kita tidak mahu disebabkan retorik politik dan perbezaan perbezaan idealogi antara kedua pihak akan menjejaskan juga pentadbiran kerajaan negeri dan akhirnya tidak menguntungkan mana-mana pihak dan kepentingan rakyat akan terjejas.
"Akhirnya hentikanlah tohmahan dan tuduhan melulu dari pihak Pas khususnya serangan secara peribadi ke atas Datuk Seri Azmin Ali yang mana kami mendapati kebanyakan tuduhan yang dilemparkan serta isu-isu yang dibangkitkan adalah tidak berasas langsung dan hanya tohmahan palsu semata-mata," katanya.
Media sebelum ini melaporkan bahawa isu berkaitan dengan kerjasama politik diantara kedua - dua parti akan dibawa ke Muktamar PAS yang akan datang bagi dibincang sama ada perlu diputuskan.

Kemelut berkenaan semakin meruncing apabila Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu berhajat mahu menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu kemudian disindir oleh Mohamed Azmin di laman sosial miliknya yang memuat naik kenyataan "Ada pak lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur" yang kemudian menimbulkan pelbagai reaksi.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping