Hah! Amacam? Hebat tak orang yang bernama Mohamed Azmin bin Ali ni? Kalau bercakap didepan pihak media, bukan main alim lagi dia sebelum ni ye tak. Macam ke dia tak pernah guna perkataan kasar.
Jika sebelum ini, Si Azmin tu pernah tampil dengan satu kenyataan media yang cuba menasihati Presiden PAS agar tidak menggunakan perumpamaan yang kasar untuk melabelkan Pakatan Haprak tu.
Azmin kata, tindakan yang dilakukan oleh Hadi Awang itu bukan sahaja tidak baik, malah ianya turut menjejaskan imej pemimpin tertinggi PAS itu sebagai seorang yang dianggap seperti Ulama.
Kita ingatkan, nasihat yang diberikan oleh Si Azmin tu diguna-pakai oleh dirinya sendiri. Kita sangka, Si Azmin tu seorang yang bercakap benar dan mengikut kata - kata yang diluahkannya.
Tapi seperti biasa, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu ternyata jauh meleset apabila dia juga pernah pada suatu ketika dahulu menggunakan kata - kata kesat yang lebih kasar dari Hadi Awang.
Si Azmin tu dulu pernah juga melabelkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'Binatang Ternakan Mahathir' dalam ucapan sewaktu berceramah yang disiarkan dalam video dibawah.
Nah! Dalam erti kata lainnya, Si Azmin tu bukan sahaja menggunakan bahasa kesat, tak manis dan tak lunak untuk didengar. Malah dia juga turut menghina Tun Mahathir secara terbuka.
Dari ucapan yang disampaikan oleh Si Azmin tu seolah - olah memberikan gambaran seolah - olah Tun Mahathir tu yang bertanggungjawab terhadap segala apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib.
Tapi sekarang, bila bekas Perdana Menteri tu mula mengambil tindakan meninggalkan UMNO dan menubuhkan parti baru kerana kecewa dengan Datuk Seri Najib, apa pulak kata Si Menteri Besar Selangor tu?
Takde kata apa beb!!! Dia hanya mendiamkan diri je. Sebaliknya, dia pulak yang sanggup jadi 'Haiwan Ternakan' bekas Perdana Menteri tu sendiri demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya. Itu pun Si Azmin tu masih ada hati nak tunjuk yang dia "Alim" ke!!!
Orang munafik cakap lain yg dibuat lain.
BalasPadam