Heh! Tak heran la kenapa puak - puak PKR dan DAPigs tu meroyan tak tentu arah bila BN buat keputusan tidak mahu membentangkan RUU 355 yang dicadangkan oleh PAS sebelum ini.
Rupanya, dikalangan pemimpin PAS tu sendiri pun tak kisah sekiranya BN tidak menghantar wakil mereka untuk membentangkan cadangan pindaan tersebut. Malah PAS tak salahkan UMNO.
Sebaliknya, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu bukan merupakan satu pengkhianatan, malah mereka sebenarnya yang membawa usul persendirian tersebut.
“(Ini kerana) kita sedar dari awal bahawa kita adalah orang yang membawa rang undang-undang persendirian ini. Jadi, bukan isu sama ada UMNO tidak menyokong kita,” kata Takiyuddin di Parlimen hari ini.
Dalam erti kata lainnya, PAS sedikit pun tidak terjejas dengan keputusan yang telah dibuat oleh Barisan Nasional sebelum ini. Sebaliknya, mereka yakin bahawa RUU 355 itu tetap akan diluluskan di Parlimen.
Manakala bagi seorang lagi pemimpin PAS berkata, parti itu tidak rugi sedikit pun jika tidak ada seorang pun pemimpin dari Barisan Nasional yang tampil membentangkan RUU tersebut.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, tidak timbul soal UMNO nak mempermainkan mereka seperti didakwa sesetengah pihak yang terdiri dari kalangan mereka yang membenci PAS.
“Sorak dan gembira mereka yang benci kepada PAS kerana Mesyuarat Majlis Tertinggi BN menolak cadangan kerajaan membawa RUU 355.
“Ertinya ia kembali kepada Undang-Undang Persendirian yang akan dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang.
“Mereka tuduh PAS kena permain dengan UMNO dan Datuk Seri Najib Razak. Kepada PAS, tidak ada perkara yang rugi. Siapa bawa pun tidak mengapa, asalkan agenda Islam dapat dilaksanakan. Hatta jika DAP hendak bawa pun Pas akan sokong,” ujarnya dalam satu kenyataan malam tadi.
Maka pokok pangkal persoalannya, sesiapa pun yang membawa cadangan pindaan itu sekali pun, PAS tetap akan memberikan sokongan. Tidak seperti PKR yang hanya sekadar tau nak bermuka - muka dengan PAS. Waima PAS bentang sekali pun, diorang tetap takkan sokong juga!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.