Heh! Ini macam punya manusia pun PAS masih nak buat kawan lagi ke? Ini dah masuk kategori 'Kawan Makan Kawan' ni. Depan je dia baik, ajak runding bagai. Belakang dia tikam PAS jugak.
Jika sebelum ini, Si Azmin tu melabelkan pemimpin PAS sebagai 'Tok Lebai' yang tak sedar diri bila kepimpinan parti itu ada hati nak tawan Selangor dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Tapi, bila PAS buat kenyataan mengutuk serta mengecam tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin tu, pandai pulak dia kata kemelut yang melanda diantara PAS dan PKR itu dapat diselesaikan.
Namun ternyata, itu semua hanya sekadar 'Wayang Politik' Si Azmin tu je. Sama macam dia main wayang masa terjung longkang waktu mula - mula dia dapat rampas jawatan Menteri Besar Selangor tu sebelum ini.
Dalam satu majlis anjuran PKR baru - baru ini, Si Azmin tu kembali menyerang PAS dengan memberikan gambaran kononnya kepimpinan parti itu hanya sekadar berpura - pura jadi 'Tok Lebai'.
Sewaktu menyampaikan ucapan, Si Azmin tu secara sinis mendakwa kononnya ada dikalangan pemimpin PAS tu yang hanya tampil berpakaian seperti 'Tok Lebai' tapi perangainya hodoh.
“Namun, kita tahu ada masalah (berkenaan hubungan PKR dan PAS), tetapi saya kira boleh kita runding. Tetapi, janganlah kita (nak) tawan sesama kita. ‘Saya nak tawan Selangor’..eh..tersinggunglah saya.
“Tak payah lah pakai (macam) Tok Lebai. Lebai tak lebai ni pun dalam hati. Kalau pakai (macam) Tok Lebai perangai hodoh tak boleh juga,” katanya dalam satu majlis anjuran PKR baru-baru ini.
Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin ni cuba memberikan gambaran bahawa PAS ni seolah - olah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali.
Malah bagi sesetengah pihak pula, kenyataan yang telah dibuat oleh Si Azmin tu boleh dianggap sebagai detik - detik permulaan kepada permusuhan secara terbuka diantara PAS dan PKR. Kot itu pun PAS masih nak berkawan dengan PKR, tak tau la nak cakap apa!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.