Rabu, Mac 29, 2017

Heh! Nampak gayanya, kemelut kepimpinan yang sedang melanda PAS dan PKR pada ketika ini sedang hangat diperkatakan. Bahkan, ianya mula menjadi buah mulut dikalangan rakyat.

Jika sebelum ini, kita ingatkan hanya PAS di Pulau Pinang je yang nak berpisah dengan PKR ni setelah puas mereka diperbodohkan oleh parti yang dipimpin oleh keluarga Si Ketua Penipu tu.

Rupanya, ke-GHAIRAH-an PAS ni tidak hanya setakat itu sahaja. Malah ianya turut mula merebak sehingga ke Terengganu. Dan kemungkinan besar, ianya akan berjangkit ke tempat lain pulak.

Terbaharu beberapa kawasan PAS di Terengganu pula mula tampil membawa usul untuk memutuskan hubungan Politik dengan PKR ke muktamar yang akan diadakan hujung bulan April ini.

Perkara itu didedahkan oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas negeri, Satiful Bahri Mamat selepas empat kawasan selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan masing - masing.
“Itu adalah suara di peringkat akar umbi. Mereka berhak mencadangkan usul itu untuk perhatian pemimpin tertinggi parti pada Muktamar Pas nanti, seterusnya keputusan akan dimuktamadkan oleh Majlis Syura.
“Bagi Pas Terengganu, kita buka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk akar umbi menyuarakan pendapat mereka pada mesyuarat agung tahunan… seterusnya mengusulkan perkara itu ketika Muktamar Pas berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah pada 28 April depan,” beliau dipetik berkata selepas sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.
Keempat-empat kawasan tersebut adalah Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Bagaimanapun, Satiful tidak mendedahkan mengenai keputusan empat lagi kawasan iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.

Menurut Satiful, usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan usul itu pernah dikemukakan oleh Dewan Muslimat Pas pada muktamar tahun lalu.
“Bagaimanapun, usul itu tidak mendapat respons ketika itu. Namun kali ini mungkin ada reaksi sekiranya banyak kawasan yang sepakat untuk membawa usul tersebut,” katanya.
Dari satu sudut, PAS nampak gayanya mula sedar bahawa PKR ni hanya ibarat barah yang dah mula menular dan menyebabkan parti itu mengalami penyakit kronik yang berpanjangan.

Namun persoalannya, adakah PAS Pusat berani nak ambik tindakan dn memutuskan hubungan Politik dengan PKR? Adakah suara dari PAS Kawasan ni akan didengar oleh kepimpinan PAS Pusat? ATAU, adakah PAS Pusat masih sayangkan PKR!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping