Khamis, April 06, 2017

Seramai 500 ahli PPBM kawasan Rembau mengumumkan keluar parti berkuasa malam ini ekoran kecewa dengan kepimpinan sedia ada yang didakwa mengamalkan amalan kroni dan tiada hala tuju.

Bekas Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin berkata, keputusan itu dibuat selepas hasil perbincangan dalam mesyuarat bersama ahli gerakannya pada 28 Mac lepas.
"Ini adalah permulaan kerana selepas ini saya yakin seramai 1,500 lagi ahli di Rembau akan mengikut langkah sama dalam waktu terdekat.
"Gerakan ini dimulakan oleh saya. Kami kerja siang malam untuk menggerakkan parti ini, tapi apa yang mengecewakan bila sampai waktu melantik ketua bahagian dan jawatankuasa kami dipinggirkan," katanya pada sidang media diadakan di pejabat Bersatu Bahagian Rembau di sini.
Menurutnya, mereka juga turut berasa kecewa kerana parti tersebut mengetepikan suara generasi muda dengan memilih pemimpin yang sudah lanjut usia terutama di Bahagian Rembau.

Malah Mohd Anas juga berkata, selepas parti itu ditubuhkan, hanya di negeri ini sahaja masih belum membuat lantikkan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Ketua Bahagian sehingga kini.
"Macam mana nak gerakkan parti kalau macam ini sedangkan pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi dan mereka yang dilantik pula langsung tak buat kerja," katanya.
Oleh sebab itu, dia berikrar akan mengadakan siri jelajah keseluruh kawasan Negeri Sembilan dan malah keseluruh negara bagi mengajak ahli PPBM meninggalkan parti berkenaan.

Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, dia masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu menyertai mana - mana parti lain buat masa ini atau pun sebaliknya.

PPBM sebelum ini telah diasaskan oleh beberapa orang bekas pemimpin UMNO termasuk bekas Perdana Menteri,  Tun Mahathir, bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin serta bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir telah ditubuhkan secara rasmi pada September tahun lalu.
Categories:

1 ulasan:

  1. Eloklah tu. Boleh kurangkan perpecahan di kalangan melayu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping