Khamis, April 06, 2017

Heh! Terdesak sangat gayanya puak - puak PKR ni nak membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara atas tuduhan bersalah kerana Meliwat bekas Pembantu Peribadi dia sebelum ini.

Malah sifat terdesak geng - geng Otai PKR tu membuatkan mereka terpaksa merayu bantuan daripada Presiden Amerika yang dilabelkan sebagai "Kaki Betina" oleh rakyat Negaranya sendiri.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, penyokong tegar Si Ketua Penipu tu merancang untuk membuat rayuan kepada Donald Trump agar campur tangan dalam usaha membebaskan idola mereka.

Menurut Setiausaha Otai Reformis, pihak mereka akan menghantar wakil untuk mengadakan lawatan ke Kedutaan AS di Malaysia pada 6 April ini bagi meminta bantuan daripada Trump.
“Otai Reformis 1998 akan hantar delegasi untuk bertemu pegawai AS bagi mendapatkan perhatian Presiden AS berhubung pemenjaraan Anwar pada pukul 11 pagi, 6 April 2017,” katanya yang juga merupakan salah seorang kumpulan penyokong fanatik Anwar.
IRONIKnya, rayuan yang nak dikemukakan oleh pendokong PKR itu dibuat sejurus selepas bekas pengikut Tun Mahathir mencadangkan supaya bekas Perdana Menteri itu menjadi Penasihat Bersama Pakatan.

Dan dalam masa yang sama, penyokong PKR ni juga sebelum ini pernah memberikan amaran terbuka kepada kepimpinan Pakatan agar tidak memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Tun Mahathir.

Bagi mereka, bekas Perdana Menteri itu mempunyai muslihat yang tersembunyi dan masih dianggap sebagai seorang pemimpin Diktator yang zalim serta mempunyai agenda Politik Peribadi.

Pokok pangkalnya, tindakan penyokong PKR itu mahu mendapatkan bantuan luar untuk membebaskan Si Ketua Penipu itu bukan sahaja satu penghinaan kepada sistem kehakiman. Bahkan, ianya juga boleh dianggap sebagai satu Pengkhianatan terhadap kedaulatan Malaysia!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Bawa sekali dokumen mahkamah dan jgn lupa bawa alibi...oops alibi tiada! Azizah ko kat mana masa kejadian?

    BalasPadam
  2. Jgn jemput campur tangan asing.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping