Ahad, April 02, 2017

Hahaha!!! Selepas dimalukan dengan keputusan penghakiman semalam, Si Menteri Besar Selangor tu nampak gayanya sedang berusaha sedaya upaya untuk menutup kemaluan dirinya sendiri.

Selain dari memberikan arahan kepada Penasihat Perundangan Negeri meneliti keputusan penghakiman tersebut, Si Azmin Ali tu dengan nada sombong mendakwa yang dia tidak akan meminta maaf.
“Permohonan maaf tidak akan dibuat,” kata Azmin kepada pemberita ketika ditanya sama ada kerajaan Selangor akan memohon maaf kepada Khalid dan 7 bekas kakitangan MBI itu selepas mahkamah menolak permohonan kerajaan negeri untuk menuntut semula bayaran RM2.7 juta yang diluluskan Khalid.
Heh! Tipikal. Orang dah salah ye tak. Mana nak dia mintak maaf diatas kesalahan yang telah dilakukan. Memang itu la sifat puak - puak Pakatan Haprak ni. Mati hidup semula diorang takkan mengaku.

Waima Si Azmin ni kantoi kencing ditengah jalan yang penuh sesak dengan orang ramai sekali pun, dia takkan mengaku yang dia melakukan perkara tersebut. Itu dah memang perangai diorang.

Walaupun pada hakikatnya, keputusan penghakiman yang dibuat oleh mahkamah itu membuktikan bahawa Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Azmin dah menabur fitnah terhadap Khalid.

Malah Si Menteri Besar Selangor tu memberikan alasan bahawa apa yang telah dilakukan oleh Khalid Ibrahim bukan hanya salah dari segi etika. Tetapi ianya juga salah dari segi moral.

Namun secara tidak lansung, kenyataan Si Azmin tu bertentangan dengan perjuangan PKR yang mahu membebaskan seorang Peliwat yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana meliwat.

Soal mengenai pembebasan Si Ketua Penipu itu bukan soal Politik. Sebaliknya ianya berkaitan dengan soal Moral, yang bukan sahaja melibatkan seorang pemimpin semata - mata.

Tetapi ianya juga turut melibatkan soal hukum agama Islam yang jelas melarang umatnya terlibat dengan aktiviti seksual songsang seperti yang telah dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu.

Jadi, tak payah la Si Azmin tu nak tunjukkan yang kononnya dia seorang pemimpin 'Maksum' sedangkan mahkamah dah buat keputusan dan membuktikan bahawa dia seorang yang kemaruk nak rampas kuasa sehingga sanggup menabur fitnah terhadap orang lain!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping